Utusan Borneo (Sarawak)

Dua jaga kilang proses ayam mati ditetak

-

KLANG: Dua penjaga kilang memproses ayam ditemui mati dengan kesan tetakan pada seluruh badan mereka di dalam kilang itu di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Wan Amir Hamzah Abu Hassan, 48, dan Syed Mohd Fazrul Syed Mohd Ridhwan, 23.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan berkata mayat kedua- dua mangsa dijumpai bergelimpa­ngan di dalam sebuah bilik kecil oleh anak majikan yang datang kira-kira jam 1 petang semalam untuk mencari mereka setelah gagal dihubungi sejak dua hari lepas.

Semasa ditemui di tempat kejadian di sini, semalam, beliau berkata anak majikan itu memberitah­u bahawa kali terakhir beliau berjumpa dengan kedua-dua mangsa, yang bekerja di kilang berkenaan sejak tiga tahun lepas, adalah pada Isnin ketika menyerahka­n gaji bulanan mereka.

“Mereka ( kedua- dua mangsa) adalah penduduk di sekitar sini, namun menginap di kilang yang ada menyediaka­n bilik kecil untuk mangsa kerana mereka bertugas menjaga kilang yang beroperasi pada waktu malam.

“Ketika anak majikan tiba, dia terbau benda amat busuk dari dalam kilang lalu membuat pemeriksaa­n. Dia membuka pintu bilik kecil berkenaan yang dikunci dari luar dan melihat mangsa bergelimpa­ngan dalam kead- aan berlumuran darah, yang dipercayai mati dua hari lepas,” katanya.

Beliau berkata terdapat seorang lagi pekerja tempatan yang menginap di bilik kecil lain di dalam kilang memproses ayam itu selain tiga warga Bangladesh yang datang bekerja.

“Warga asing itu memang tidak menyedari bau busuk (daripada kedua-dua mayat itu) kerana mungkin deria bau mereka sudah terbiasa bergeluman­g dengan pelbagai bau hasil memproses ayam.

“Tetapi, lelaki tempatan terbabit telah menghilang­kan diri dan kini diburu polis bagi membantu siasatan kerana dipercayai berada di lokasi semasa kejadian,” katanya.

Mazelan berkata siasatan awal menunjukka­n keduadua mangsa ditetak menggunaka­n senjata tajam, namun pemeriksaa­n di sekitar lokasi itu tidak menemui bukti kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kilang itu dan melakukan pemeriksaa­n lanjut lokasi kejadian untuk melihat sama ada duit gaji dan barang peribadi kedua-dua mangsa hilang,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau mengenali waris mangsa untuk tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi menyalurka­n maklumat bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia