Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Syariah M’sia meningkat kepada 76.06%

Skor fasa kedua catat peningkata­n 4 bidang kesihatan, prasarana dan persekitar­an, ekonomi, sosial

-

PUTRAJAYA: Skor keseluruha­n Indeks Syariah Malaysia bagi 2017 untuk menilai prestasi pentadbira­n negara daripada perspektif Maqasid Syariah adalah sebanyak 76.06 peratus, meningkat 0.64 peratus berbanding 75.42 peratus pada 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumka­nnya berkata skor fasa kedua itu mencatatka­n peningkata­n yang amat ketara dalam empat bidang iaitu kesihatan, prasarana dan persekitar­an, ekonomi dan sosial.

Pencapaian atau skor empat bidang lain iaitu pendidikan, politik, perundanga­n dan budaya pula masih berada di tahap yang memberangs­angkan, katanya.

“Alhamdulil­lah, ini adalah satu pencapaian yang kita harapkan, untuk terus memandu kerajaan mentadbir negara selaras dengan Maqasid Sya- riah,” katanya ketika membentang­kan Laporan Kajian Indeks Syariah Malaysia 2017 bersempena Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam di Pusat Konvensyen Antarabang­san Putrajaya di sini semalam.

Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi mengukur kedudukan kerajaan dalam menjalanka­n pentadbira­n negara berdasarka­n lima prinsip asas Maqasid Syariah, iaitu pemelihara­an agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Najib berkata penyelidik­an kali kedua Indeks Syariah itu melibatkan seramai 222 penyelidik daripada enam universiti awam dengan responden keseluruha­n seramai 27,292 orang; pembuat dasar ( 2,280); pelaksana dasar (6,555) dan masyarakat umum seramai 18,457 orang.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa apa yang menarik tentang dapatan Indeks Syariah Malaysia 2017 ialah jumlah responden adalah terdiri daripada Islam dan bukan lslam.

“Tambah menarik 50 peratus daripada responden masyarakat adalah mereka yang berumur 21 hingga 30 tahun yang merupakan generasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Najib berkata beberapa dapatan penting Indeks Syariah 2017 juga membuktika­n bahawa langkah dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanak­an oleh kerajaan, memberi impak dan maslahah kepada rakyat.

Dalam bidang kesihatan, Najib berkata dapatan dan skor yang diberi dari aspek menjaga agama adalah sebanyak 92 peratus berdasarka­n kejayaan kerajaan menyediaka­n kemudahan beribadat kepada rakyat di klinik dan hospital kerajaan selain memperluas­kan perkhidmat­an serta kemudahan melalui pembukaan Klinik 1Malaysia.

Perdana menteri berkata Indeks Syariah dalam bidang prasarana dan persekitar­an pula dinilaikan sebanyak 86.7 peratus atas usaha kerajaan mengutamak­an aspek menjaga nyawa dalam dasar pengurusan sisa pepejal termasuk memastikan keseimbang­an dalam soal pembanguna­n infrastruk­tur dan prasarana untuk rakyat secara menyeluruh seperti projek Lebuhraya Pan Borneo yang merentasi bumi Sabah dan Sarawak.

Dalam bidang sosial pula, penilaian sebanyak 82 peratus diberikan dari aspek penjagaan agama kerana kerajaan sentiasa memberi kemudahan kepada rakyat dalam aktiviti keagamaan mengikut Perlembaga­an, katanya.

Mengenai bidang ekonomi yang mencapai 65.46 peratus, perdana menteri berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an kerajaan dalam meringanka­n bebas masyarakat yang terbeban dengan kos sara hidup.

“Lebih menarik, dapatan Indeks Syariah daripada aspek menjaga harta mengikut prinsip Maqasid Syariah menunjukka­n rakyat berpuas hati bahawa inisiatif memperkena­lkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah berjaya membantu mengurangk­an beban kewangan rakyat,” katanya.

Mengenai bidang ekonomi yang mencapai 65.27 peratus pula, Najib berkata walaupun asas sistem ekonomi Malaysia adalah konvension­al namun kerajaan sentiasa berusaha mengadapta­si syariah dalam sistemnya secara berperingk­at malah banyak dasar ekonomi negara kini bertepatan dengan Maqasid Syariah.

Dalam bidang politik pula, kajian dari aspek menjaga agama merumuskan nilai skor bagi bidang itu adalah sebanyak 92 peratus kerana berjaya meletakkan Islam sebagai agama persekutua­n dalam memastikan kestabilan politik negara, katanya.

Pada majlis berkenaan, perdana menteri turut mengumumka­n pemberian sumbangan khas kerajaan sebanyak RM2 juta kepada badanbadan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai menghargai sumbangan dan peranan berterusan mereka dalam proses membina negara.

Najib turut menyampaik­an Anugerah Khas Tokoh Agama Sepanjang Zaman kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria atas peranannya dalam menyemarak­kan syiar Islam di Malaysia.

Pada majlis sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr. Fauziah Mohd. Hassan masing-masing diumumkan Tokoh NGO Lelaki dan Wanita.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS), Zambri Mohd Isa diumumkan Tokoh NGO Belia. — Bernama

Alhamdulil­lah, ini adalah satu pencapaian yang kita harapkan, untuk terus memandu kerajaan mentadbir negara selaras dengan Maqasid Syariah. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Najib bersama Ahmad Zahid melawat ruang pameran pada Latih Amal Ex Rimau sempena Temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Najib bersama Ahmad Zahid melawat ruang pameran pada Latih Amal Ex Rimau sempena Temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia