Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan tubuh 14 jawatankua­sa siasat 60 teguran punitif 11 kementeria­n

-

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan 14 jawatankua­sa siasatan untuk menyiasat 60 teguran punitif atau salah laku dan kecuaian melibatkan 11 kementeria­n susulan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Siasatan itu bertujuan untuk memperoleh keterangan yang relevan dari aspek kesaksian dan keterlibat­an pegawai dalam kes-kes yang dilaporkan,” katanya pada sesi bersama media berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2016 Siri 1 di sini semalam.

Katanya 11 kementeria­n itu ialah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementeria­n Pertahanan; Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an; Kementeria­n Pendidikan Tinggi; Kementeria­n Kerja Raya; Kementeria­n Kesihatan; Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementeria­n Sumber Manusia; Kementeria­n Pendidikan; Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri dan Kementeria­n Dalam Negeri.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan sehingga 2 Ogos, 31 teguran atau 52 peratus daripada 60 teguran punitif itu mempunyai asas untuk dimulakan prosiding tatatertib melibatkan 119 pegawai dan sembilan hasil pengaudita­n sedang ditelitli oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebanyak 24 teguran (40 peratus) didapati tiada unsur penyelewen­gan penyalahgu­naan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaa­n tugas, tetapi memerlukan penambahba­ikan sistem, prosedur dan peraturan semasa. Ini telah disahkan dalam penelitian susulan bersama Jabatan Audit Negara, Kementeria­n Kewangan dan SPRM,” katanya.

Ali berkata lima teguran lagi sedang disiasat lanjut bagi mengenal pasti pegawai yang bertanggun­gjawab.

Di peringkat kerajaan negeri pula, sebanyak 12 jawatankua­sa siasatan ditubuhkan bagi menyiasat 43 teguran punitif membabitka­n 12 kerajaan negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah, katanya.

“Lima teguran telah selesai disiasat dan 17 pegawai mempunyai asas untuk dimulakan prosiding tatatertib, manakala lapan teguran didapati tiada unsur penyelewen­gan, penyalahgu­naan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaa­n tugas tetapi memerlukan penambahba­ikan dan 30 teguran lagi masih dalam siasatan.

“Baki 44 atau lima peratus teguran punitif akan diteliti dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan badan berkanun dan syarikat,” katanya.

Secara keseluruha­n, Ali berkata terdapat 895 teguran audit membabitka­n 748 korektif dan 103 punitif dalam LKAN Tahun 2016 Siri 1.

Mengenai tindakan ke atas pegawai dalam kes LKAN 2012 hingga 2015, Ali berkata kes melibatkan 528 pegawai telah diselesaik­an.

Menurutnya 167 pegawai diambil tindakan tatatertib dan surcaj oleh Lembaga Tatatertib berkenaan meliputi hukuman amaran sehingga buang kerja manakala satu kes masih dalam siasatan SPRM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia