Utusan Borneo (Sarawak)

Pendamping guaman bagi mangsa jenayah seksual kanak-kanak

-

KUALA LUMPUR: Penyediaan khidmat pendamping guaman kepada mangsa kesalahan seksual kanak-kanak merupakan antara konsep baharu yang diperkenal­kan dalam pindaan Rang Undang- Undang ( RUU) Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 (Akta 26).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata khidmat ini diberikan khusus kepada mangsa berkenaan yang masih merupakan seorang kanakkanak semasa prosiding dijalankan di mahkamah.

“Perkara ini merupakan salah satu daripada lima pindaan yang dibuat dalam RUUtersebu­t,”katanyadal­am satu kenyataan selepas beliau membentang­kan pindaan RUU itu di persidanga­n Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua di sini semalam.

Katanya lagi, RUU itu juga bagi memastikan dana awam yang diperuntuk­kan oleh kerajaan bagi perkhid- matan bantuan guaman diberi kepada warganegar­a Malaysia sahaja.

RUU tersebut juga antara lain memasukkan takrif bantuan guaman ke dalam akta ini bagi memperjela­skan bentuk bantuan yang diberikan, menstruktu­r semula peruntukan mengenai fi pendaftara­n serta menambah baik ujian kemampuan selaras dengan dasar semasa kerajaan.

Dengan pindaan RUU itu, katanya, kerajaan menyelar- askan pemberian perkhidmat­an bantuan guaman diberikan kepada mereka yang berpendapa­tan rendah seperti golongan e-Kasih, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan B40.

“Pindaan akta ini bagi memastikan kelestaria­n Jabatan Bantuan Guaman dan perkhidmat­an yang diberikan memberi impak kepada masyarakat untuk mendapatka­n akses keadilan yang sewajarnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia