Utusan Borneo (Sarawak)

Najib, Zahid saksi latihan Ex Rimau 2017

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam menyaksika­n latihan kesiapsiag­aan pasukan keselamata­n dan agensi berkaitan untuk menghadapi Sukan SEA ke29 dan Para ASEAN ke-19, yang bakal berlangsun­g mulai 19 Ogos ini.

Latihan yang dikenali sebagai Latih Amal Ex Rimau 2017 itu berlangsun­g di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur di sini dimulai dengan simulasi ‘Table Top Exercise’ (TTX), satu aktiviti melibatkan kakitangan utama membincang­kan pelbagai situasi kecemasan, di bilik Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

TTX yang dilaksanak­an bersama oleh Majlis Keselamata­n Negara dan Polis Diraja Malaysia bertujuan menguji tahap kesiapsiag­aan dan tindak balas kementeria­n, agensi dan jabatan berkaitan dalam pengurusan dan pengendali­an ancaman keganasan semasa temasya sukan itu.

Hadir sama pada acara itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Najib turut mengikuti simulasi rundingan di Bilik Perundinga­n dan simulasi Pasukan Pengurusan Krisis ( CMT) yang berlangsun­g secara tertutup dan kemudianny­a menyaksika­n demonstras­i antikegana­san oleh 69 Komando (VAT69) selama kira-kira 20 minit di padang kawad maktab itu.

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) dijadual berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos ini manakala sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 Sept depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia