Utusan Borneo (Sarawak)

Sajian istimewa Hari Kemerdekaa­n di Restoran Menawan Hotel Imperial Palace

-

MIRI: Sempena Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia, Restoran Menawan Hotel Imperial Palace menghidang­kan sajian ‘Citarasa Malaysia’ untuk pelanggann­ya sepanjang Ogos dan September.

Penolong Pengurus Perhubunga­n Pemasaran, Yap Ben Sheun berkata, bufet makan malam itu disediakan pada Rabu dan Khamis bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.

“Cef kita menyediaka­n sajian popular dari setiap negeri untuk dinikmati dua kali dalam seminggu. Kita berharap promosi ini mendapat sambutan baik daripada pelanggan kita, “jelas Ben.

Antaranya resipi dan menu dari Sarawak ialah ‘ayam pansuh’, umbut masak santan, laksa dan rojak, dari Melaka – ayam masak kapitan, Kelantan – ayam ampap, Pahang – udang masak tiga rasa, Kedah – nasi ulam, Melaka – ayam tandoori.

Turut dihidangka­n ialah sate celup dari Melaka, pencuci mulut dan kuih-muih.

“Terdapat gerai goreng, nasi dan mi disediakan untuk menambah pilihan pelanggan. Kita juga menghidang teh tarik dan kopi tarik, “jelasnya.

Menurut Ben, bayaran RM58 dikenakan untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

Baucar pelanggan terawal ‘early bird’ ditawarkan dengan harga RM48 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.

Baucar ‘early bird’ harus dibeli sehari lebih awal dengan bayaran penuh.

Tempahan meja boleh dibuat dengan menghubung­i talian 085- 432299 atau emel iphmyy@imperial.com. my atau datang sendiri ke Restoran Menawan untuk membeli baucar ‘early bird’.

 ??  ?? PELBAGAI MENU: Gerai bebola nasi ayam yang enak antara gerai semasa promosi sajian ‘Citarasa Malaysia’ di Restoran Melawan Hotel Imperial Palace.
PELBAGAI MENU: Gerai bebola nasi ayam yang enak antara gerai semasa promosi sajian ‘Citarasa Malaysia’ di Restoran Melawan Hotel Imperial Palace.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia