Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT tekad transforma­si imej PPR

Beri nafas baharu tingkatkan kesejahter­aan, kualiti hidup penghuni: Noh

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bertekad untuk mentransfo­rmasikan imej kediaman kos rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan memberi nafas baharu kepada projek-projek sedemikian bagi meningkatk­an kesejahter­aan dan kualiti hidup penghuniny­a.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata kementeria­n itu kini dalam usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap PPR melalui penyediaan ciri-ciri dan kemudahan yang lebih baik .

“Kita tak nak bila kita tengok rumah PPR ini, (persepsi kita) oh, ini rumah kawasan sesak. Kita nak ubah (persepsi sedemikian).

“Kita nak buat satu transforma­si,” katanya kepada Bernama selepas sesi Waktu Pertanyaan Menteri di persi- dangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata usaha ini juga merupakan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat rakyat miskin menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

“Ini merupakan keprihatin­an Perdana Menteri yang diterjemah­kan. Beliau selalu berbincang dengan saya bagaimana cara kita nak tolong orang susah, supaya mereka turut dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Berikutan itu katanya, bermula tahun 2016, semua projek PPR yang baharu dibina akan menpunyai ciri-ciri penambahba­ikan yang lebih holistik.

Salah satu ciri penting yang diterapkan dalam pembinaan PPR baharu ialah ciri keselamata­n seismik untuk mengurangk­an kebarangka­lian

Kita tak nak bila kita tengok rumah PPR ini, (persepsi kita) oh, ini rumah kawasan sesak. Kita nak ubah (persepsi sedemikian).

impak gegaran pada struktur bangunan sekiranya berlaku gegaran atau gempa bumi,

Katanya, hampir 15 buah PPR baharu yang mula dibina di seluruh negara tahun ini telah dilengkapi ciri keselamata­n siesmik.

Terdahulu semasa menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkenaan penambahba­ikan kepada PPR dalam memberi kesejahter­aan hidup kepada masyarakat di bandar, Noh berkata untuk PPR yang baharu, kerajaan bercadang mengehadka­n pembinaan tidak melebihi 500 unit rumah pada setiap projek PPR yang dirancang.

Beliau berkata dari aspek reka bentuk, keluasan lantai unit rumah PPR juga akan ditambah, daripada 60.4 meter persegi kepada 65 meter persegi, selain kemasan lantai juga akan ditukar daripada jenis simen kepada kemasan jubin bagi keseluruha­n rumah.

Katanya, setiap PPR juga akan dilengkapi dengan kemudahan seperti kedai serbaguna, tadika, satu tempat letak kereta bagi setiap unit rumah, serta tempat pengurusan jenazah.

Mengulas soalan tambahan Shamsul Iskandar ( PKRBukit Katil), Noh berkata kerajaan sekarang juga mengenakan sistem tapisan berlapis bagi memastikan hanya pemohon yang betul-betul layak sahaja mendapat unit rumah PPR.

Katanya berbeza dengan sebelum ini di mana pemohon hanya ditapis pihak kementeria­n, pemohonan kini akan ditapis melalui semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memastikan mereka tidak memiliki sebarang rumah, semakan latar belakang untuk memastikan mereka adalah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berpendapa­tan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 sebulan.

“Tapisan ketiga ialah mempamerka­n nama-nama pemohon yang berjaya untuk tatapan umum selama dua minggu untuk melihat sama ada terdapat bantahan terhadap seseorang pemohon itu,” katanya. — Bernama

Tan Sri Noh Omar Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia