Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 4,000 Orang Asli ikuti latihan kemahiran

-

KUANTAN: Lebih 4,000 belia Orang Asli menyertai Program Latihan Kemahiran dan Kerja (PLKK) melalui 150 kursus yang ditawarkan bermula tahun 2010 hingga 2016 di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Modal Insan dan Kebajikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Bakar Unus berkata PLKK diwujudkan bagi memberi peluang kepada anakanak muda Orang Asli yang berumur 18 hingga 35 tahun untuk menimba kemahiran sebelum diserap bekerja.

“Sebelum ini, Orang Asli ini hanya mendapat pendedahan mengenai PLKK melalui penyebaran maklumat dalam media sosial yang dilihat kurang mendapat sambutan.

“Bermula 2013 kami membuat jerayawara PLKK di enam negeri – Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan dan hasilnya ramai anak muda Orang Asli tampil untuk menyertai dan sekali gus mendapatka­n pekerjaan untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan ‘Roadshow PLKK’ peringkat Pahang di sini, semalam.

Melalui jerayawara berkenaan katanya, JAKOA sendiri mengambil inisiatif menyediaka­n pengangkut­an untuk membawa Orang Asli itu menyertai jerayawara PLKK yang menyaksika­n peningkata­n peserta membabitka­n 2,040 peserta PLKK dengan 51 kursus pada tahun ini berbanding 32 kursus dan 1,750 peserta pada tahun lepas.

Melalui jerayawara PLKK pihaknya turut membawa ikon Orang Asli yang telah berjaya membina kerjaya masing-masing selepas mengikuti PLKK berkenaan untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada golongan itu. — Bernama KANGAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam diberitahu bahawa projek pembanguna­n Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) di Padang Besar tidak terjejas dengan Bukit Kayu Hitam di Kedah yang turut dibangunka­n sebagai kawasan industri.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata ini kerana CVIA menjurus kepada industri teknologi hijau manakala Bukit Kayu Hitam lebih khusus kepada industri berasas getah.

“Maklum balas yang diterima menunjukka­n kedua-duanya saling menjadi pelengkap,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidanga­n DUN di Kompleks DUN di sini.

Beliau berkata CVIA, yang membabitka­n kawasan seluas 1,215 hektar, mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan dan bakal dipacu oleh sektor swasta dan kerajaan negeri yang bertindak sebagai pemudah cara bagi menarik pelaburan.

Katanya beliau telah menyaranka­n supaya cadangan pembanguna­n negeri itu dilaksanak­an mengikut perancanga­n Perlis Maju 2030 ketika memberi penerangan pada mesyuarat Majlis Pembanguna­n Fizikal Negara yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Putrajaya bulan lepas.

“Selain CVIA, terdapat projek pembanguna­n bercampur di Kuala Perlis, Kangar City Center dan KParc di Seriab. Semua projek ini tidak ada masalah dan mengikut jadual, dengan menyediaka­n kira-kira 7,000 peluang pekerjaan,” kata Azlan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia