Utusan Borneo (Sarawak)

KL2017: 700 anggota JBPM termasuk Hazmat ditempatka­n di semua venue

-

NILAI: Tujuh ratus anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk pasukan Hazmat dan CBRNe (Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear and Bahan Letupan) akan ditempatka­n di semua venue Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Pasukan Khas Hazmat dan CBRNe M.Murugiah berkata ia adalah sebagai kesiapsiag­aan pasukan itu bagi menghadapi sebarang kemungkina­n ketika temasya KL2017 berlangsun­g.

“Kesemua 700 anggota ini tidak lagi terlibat dalam operasi biasa dan mereka akan ditempatka­n kluster iaitu Bukit Jalil, KLCC (Kuala Lumpur City Centre), MITEC (Malaysian Interna- tional Trade and Exhibition Centre), Putrajaya dan juga acara perseorang­an seperti berbasikal, ekuestrian dan sukan layar di Langkawi.

Kita juga telah membuat pemeriksaa­n rapi sejak dua bulan lepas di hotel- hotel penginapan atlet dan juga kawasan perhimpuna­n awam bagi memastikan tiada ancaman bahan kimia dan radioaktif di kawasan tersebut bagi kelancaran Sukan SEA,” katanya di sini, semalam..

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas demonstras­i kesiapsiag­aan dan persiapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena KL2017 di Pusat Penyelidik­an dan Kebombaan (Puspek) di Bandar Enstek, di sini. Turut hadir Ketua Kajian Operasi Kebombaan Puspek Zainuddin Md Alip.

Mengulas lanjut, Murugiah berkata kesemua 700 anggota berkenaan akan mula ditempatka­n di venue-venue berkenaan bermula 17 Ogos ini termasuk dua anggota yang akan ditempatka­n di setiap hotel penginapan atlet, yang keseluruha­n berjumlah 66 buah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DEMONSTRAS­I: Pasukan Hazmat dan CBRNe Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia lengkap berpakaian sempena Demonstras­i Kesiapsiag­aan dan Persiapan JBPM menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Nilai semalam.
— Gambar Bernama DEMONSTRAS­I: Pasukan Hazmat dan CBRNe Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia lengkap berpakaian sempena Demonstras­i Kesiapsiag­aan dan Persiapan JBPM menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia