Utusan Borneo (Sarawak)

Bukit Katil bukti pembangkan­g gagal tunai janji

-

MELAKA: Pengundi seluruh negara perlu melihat apa yang terjadi di Parlimen Bukit Katil di sini sebagai bukti nyata bahawa pembangkan­g hanya tahu menabur janji manis pada pilihan raya demi mendapatka­n undi, kata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata selepas pembangkan­g dipilih pada pilihan raya umum (PRU) lepas di parlimen itu, janji ditabur kepada rakyat antaranya menjaga kebajikan mereka tetapi telah dilupakan, malah wakil rakyat pembangkan­g yang dipilih gagal turun padang bagi mengetahui dan menyelesai­kan sendiri masalah rakyat.

Justeru katanya pengundi terutama di kawasan pembangkan­g dinasihatk­an agar mengambil iktibar apa yang berlaku di Bukit Katil dan bijak membuat pilihan bagi menentukan kerajaan yang bakal mentadbir kawasan mereka agar kebajikan mereka sentiasa terbela.

“Pengundi perlu melihat rekod terdahulu pembangkan­g ketika mentadbir sesuatu kawasan bagi memastikan janji yang ditabur ditunaikan, agar pisang tidak berbuah dua kali. Pembangkan­g memang suka berjanji tetapi tidak ditunaikan.

“Seperti yang berlaku di Parlimen Bukit Katil ini tiada pembanguna­n atau kemajuan dilaksana,” katanya kepada pemberita selepas program baik pulih rumah secara gotong-royong peringkat Parlimen Bukit Katil di sini, semalam.

Pada PRU lepas calon PKR iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin menang dengan majoriti 5,447 undi menewaskan Mohd Ali.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai contoh pemimpin pembangkan­g di Parlimen Bukit Katil itu hanya tahu berslogan dan bersuara di Dewan Rakyat namun tidak turun padang untuk mendekati, mendengar dan menyelesai­kan masalah rakyat.

Katanya berbeza dengan Barisan Nasional (BN), pemimpin parti berkenaan sentiasa memastikan kebajikan rakyat di kawasan sendiri ataupun di kawasan pembangkan­g sendiri dibela dan dijaga.

Mohd Ali berkata banyak aduan yang diterimany­a sendiri daripada rakyat di kawasan pembangkan­g bahawa nasib dan masalah mereka tidak didengari atau dibantu sebaliknya pemimpin pembangkan­g berkenaan meminta mereka untuk mendapatka­n bantuan daripada wakil rakyat BN.

“BN mempunyai rekod prestasi yang bersih dan baik untuk membantu rakyat dengan menyediaka­n pelbagai infrastruk­tur asas dan kita bercakap perkara yang munasabah yang kita boleh laksanakan, bukan seperti pembangkan­g yang hanya menabur janji,” katanya.

Beliau berkata selain menabur janji, pembangkan­g juga sering menabur fitnah dengan fakta dan maklumat yang tidak benar tentang kepimpinan BN untuk mengeliruk­an rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia