Utusan Borneo (Sarawak)

Barca gagal pujuk Neymar kekal di Nou Camp

Jalani pemeriksaa­n perubatan di Porto, PSG bakal memuktamad­kan perpindaha­n bernilai 222 juta euro

-

PARIS, Perancis: Neymar dijangka tiba di Paris untuk memuktamad­kan perpindaha­n dengan rekod dunia bernilai 222 juta euro dari Barcelona ke Paris Saint Germain (PSG), di mana beliau akan menerima gaji sekitar 30 juta euro setahun.

Spekulasi perpindaha­n paling lama pada musim panas ini, yang menyaksika­n pemain antarabang­sa Brazil itu ada bersama- sama diekori wartawan dari Amerika Syarikat ke China dan Timur Tengah sebelum kembali ke Barcelona untuk

Saya mahu beliau berasa selesa dan pertama.” gembira dari hari Javier Pastore Pemain tengah PSG

m e n g u - capkan selamat jalan s e b e l u m berlepas ke Porto, di mana beliau difah a m k a n m e n - j a l a n i pemeriksaa­n perubatan sebelum akhirnya tiba di ibu kota Paris. Pemain tengah PSG, Javier Pastore, sudah kelihatan bersedia melepaskan jersi nombor 10 kepada Neymar di Parc des Princes, stadium di mana Neymar mungkin akan diperkenal­kan kepada penyokong kelab pada malam Sabtu apabila PSG memulakan musim baharu Ligue 1 Perancis menentang Amiens.

“Saya mahu beliau berasa selesa dan gembira dari hari pertama,” kata Pastore ketika memberitah­u radio Cadena SER.

Rabu lepas, Barcelona mengakui tidak dapat memujuk Neymar untuk terus kekal di Nou Camp, di mana beliau sudah bermain sejak 2013.

Pemain berlepas ke Porto menaiki jet peribadi dari Barcelona, dengan diiringi wakil pengurusan termasuk ayah yang juga ejennya, Neymar Senior, selepas mengucapka­n selamat jalan kepada rakan-rakan sepasukann­ya di Barca.

Antara mereka dalam rombongan Neymar ialah Wagner Ribeiro, penasihat pemain, yang mendakwa PSG akan membayar pelepasan kontrak bernilai 222 juta euro dalam “beberapa jam lagi”.

Ia adalah dua kali ganda lebih banyak dari rekod perpindaha­n dunia yang dicipta ketika Paul Pogba berpindah dari Juventus ke Manchester United dengan nilai 105.2 juta euro pada tahun lepas.

Media melaporkan Neymar telah ke Porto, di mana pengarah sukan PSG, Antero Henrique pernah bekerja sebelum ini, untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan.

Neymar sudah tertarik untuk berpindah ke PSG dengan tawaran lumayan yang akan melihat gaji beliau melonjak kepada 30 juta setahun selepas cukai.

Bagaimanap­un, dalam padang permainan, beliau juga berdepan cabaran untuk melangkah keluar dari bayangan Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali, Lionel Messi untuk cuba membuktika­n dirinya sebagai yang terbaik.

“Ia satu penghormat­an besar berkongsi beberapa tahun yang hebat bersama anda, Neymar,” kata Messi dalam laman sosial Instagram.

“Saya mengharapk­an yang terbaik untuk kami di peringkat baharu kehidupan kamu. Jumpa lagi,” tambah beliau.

“Terima kasih sahabat, saya akan merindui kamu,” jawab Neymar.

Memenangi kejuaraan Liga Juara- Juara buat kali pertama adalah pemacu impian pemilik PSG, Qatar Sports Investment­s ( QSI) untuk menaja apa yang mungkin satu era baharu dalam tahap bola sepak elit di Eropah.

Sejak pengambila­lihan QSI pada 2011, PSG gagal me- lepasi peringkat suku akhir – paling mengecewak­an ialah selepas mendahului 40 pada perlawanan pertama tetapi tewas 1- 6 kepada Barcelona di pusingan kedua Liga Juara- Juara musim lepas.

Mengeluark­an Neymar dari Barcelona mungkin mewakili cabaran serius PSG kepada Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich.

Neymar membentuk salah satu gandingan serangan paling berbisa dalam sejarah bola sepak bersama- sama Messi dan Luis Suarez, menyebabka­n mereka digelar penyerang ‘ MSN’.

Bersama- sama, mereka memenangi dua kejuaraan La Liga Sepanyol, satu Liga Juara- Juara dan tiga Piala Raja Sepanyol sementara Neymar menjaringk­an 105 gol dan mengumpan 80 gol dari hanya 186 perlawanan.

Bagaimanap­un, empat tahun beliau di Sepanyol juga diselubung­i skandal perpindaha­n yang membawanya dari Santos ke Barcelona pada 2013.

Beliau dan ibu bapanya serta Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, berdepan tuduhan penipuan dan rasuah dalam siasatan kes yang dikemukaka­n oleh DIS, sebuah syarikat pelaburan dari Brazil.

DIS memiliki 40 peratus hak pemain ketika perjanjian perpindaha­n dicapai dan percaya mereka secara sengaja menipu keuntungan sebenar perpindaha­n. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? NEYMAR TERUJA: Penyokong PSG mulai berkumpul menunggu ketibaan Neymar di hadapan pusat latihan Camp des Loges, Saint-Germain-en-Laye semalam.
— Gambar AFP NEYMAR TERUJA: Penyokong PSG mulai berkumpul menunggu ketibaan Neymar di hadapan pusat latihan Camp des Loges, Saint-Germain-en-Laye semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia