Utusan Borneo (Sarawak)

Jardim yakin Mbappe fokus bantu Monaco pada aksi pembukaan Ligue 1 di Toulouse

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim berasa yakin penyerang remajanya, Kylian Mbappe, akan memberikan sepenuh fokus untuk kempen kelabnya mempertaha­nkan kejuaraan Ligue 1 Perancis apabila bertandang ke Toulouse hari ini, walaupun dikaitkan dengan satu perpindaha­n lumayan ke Real Madrid.

Monaco mengejutka­n Paris Saint Germain (PSG) untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak 17 tahun, tetapi PSG menambah lagi kekuatan pasukan dan dijangka akan membeli penyerang Barcelona, Neymar dengan rekod perpindaha­n dunia berjumlah 222 juta euro.

Kejayaan Monaco musim lepas, di mana mereka juga melangkah ke peringkat separuh akhir Liga JuaraJuara, dibina dari skuad muda, termasuk Mbappe yang berusia 18 tahun.

Tetapi mereka akan memulakan musim baharu dengan skuad yang berbeza selepas Bernardo Silva dan Benjamin Mendy berpindah ke Manchester City sementara Tiemoue Bakayoko berpindah ke Chelsea dan penyerang Valere Germain membuat keputusan menyertai Marseille.

Namun Mbappe, yang menjaringk­an 15 gol liga dan enam gol dalam Liga JuaraJuara musim lepas, masih pemain Monaco dan Jardim tidak fikir beliau terjejas dengan spekulasi perpindaha­n sepanjang pramusim yang sukar.

“Mbappe tidak menjaringk­an gol semasa pramusim, tetapi beliau bekerja-keras,” kata beliau ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab Rabu lepas.

“Anda boleh bercakap dalam padang. Seorang pemain berprofil tinggi tidak memerlukan motivasi.”

Pemain pertahanan tengah, Kamil Glik, adalah salah seorang pemain yang tiba di Monaco setahun yang lalu tetapi menandatan­gani kontrak baharu pada penutup musim, bersama-sama Djibril Sidibe, yang tidak dapat beraksi pada perlawanan pembukaan musim menentang Toulouse kerana kecederaan.

“Mbappe adalah sama seperti dua atau tiga bulan yang lalu, saya tidak melihat sebarang perbezaan,” kata Glik.

“Kami akan cuba seperti musim lepas. Kami adalah juara, kami harus mempunyai cita-cita yang tinggi. Pemain yang tiba boleh melakukan seperti pemain yang sudah pergi.”

Monaco mengekalka­n polisi membeli pemain berpotensi pada usia muda. Mereka menggantik­an tempat Bakayoko dengan pemain tengah Youri Tielemens, yang menyerlah ketika tewas 1-2 kepada PSG pada kejohanan Trofi Juara Perancis minggu lalu.

Rabu lepas, mereka mendapatka­n penyerang Adama Diakhaby, 21, dari Rennes.

“Ini adalah musim keempat saya, kami bekerja dengan pemain yang ada,” tambah Jardim.

“Sasaran saya ialah membantu meningkatk­an prestasi baik, bermain dengan baik dan mencapai keputusan yang baik.

“Kelab beraksi baik musim lepas, tahun ini kami menyaksika­n ramai pemain meninggalk­an kelab tetapi setiap tahun, apa yang paling pent- ing ialah pemain yang terus kekal.

“Kelab percaya dengan tugas saya. Keputusan menyokong strategi ini. Ia adalah musim impian tahun lepas tetapi untuk memikirkan kami boleh melakukan perkara yang sama, mereka mungkin tidak memahami bola sepak.”

PSG akan memulakan kempen merampas kembali kejuaraan dengan perlawanan menentang pendatang baharu liga, Amiens di Parc des Princes, di mana Dani Alves dijangka akan membuat penampilan sulung selepas perpindaha­n dari Juventus.

Lille dan Nantes akan bertemu di Stade Pierre-Mauroy pada hari Ahad dengan kedua-dua pasukan dikendali oleh jurulatih baharu.

Jurulatih Lille, Marcelo Bielsa, membuat 13 pembelian pada musim panas ketika cuba mengembali­kan kegemilang­an juara liga pada 2011 itu sementara Claudio Ranieri akan membimbing Nantes, hanya 15 bulan selepas mengejutka­n ramai pihak apabila membimbing Leicester City muncul juara Liga Perdana Inggeris.

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI MEYAKINKAN: Mata (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu United menewaskan Sampdoria di Lansdowne Road, Dublin Rabu lepas.
— Gambar Reuters AKSI MEYAKINKAN: Mata (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu United menewaskan Sampdoria di Lansdowne Road, Dublin Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia