Utusan Borneo (Sarawak)

Mkhitaryan, Mata pastikan United benam Sampdoria 2-1

-

DUBLIN, Ireland: Satu gol oleh Henrikh Mkhitaryan dan pemain gantiannya, Juan Mata, membantu Manchester United menewaskan Sampdoria 2-1 di Lansdowne Road di sini pada perlawanan pramusim terakhir United Rabu lepas.

Dua gol itu adalah di antara gol Dennis Praet untuk memastikan United menamatkan jelajah pramusim dengan meyakinkan menjelang perlawanan Piala Super Eropah menentang Real Madrid di Macedonia minggu hadapan.

Pengurus United, Jose Mourinho, menurunkan pemain baharunya yang bernilai 40 juta pound, Nemanja Matic, penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama dan bekas pemain Chelsea itu beraksi dengan baik sebelum ditukarkan dengan Michael Carrick pada masa rehat.

Sampdoria, yang menamatkan saingan Serie A Itali di tangga ke-10 musim lepas, tidak mempunyai sebarang cubaan tepat dalam separuh masa pertama dan peluang terbaik mereka ialah dari satu tolakan ke belakang pertahanan United, Danny Blind tetapi penjaga gol United, David de Gea tersilap mengambil bola dengan tangan, menyebabka­n pengadil memberikan tendangan percuma dalam kotak penalti tetapi pertahanan United bertahan dengan baik dan kemudian melancarka­n serangan pantas.

Antonio Valencia melarikan bola di sayap kanan dan mengumpan kepada Mkhitaryan, yang melorong bola kepada Matteo Darmian.

Darmian kemudian mengumpan kembali bola kepada Mkhitaryan untuk menanduk gol pembukaan.

Valencia dan Mkhitaryan berganding­an sekali lagi dua mini tkemudian tetapi kali ini penjaga gol Sampdoria, Christian Puggioni menepis tandukan Mkhitaryan.

Bahagian sayap ternyata berbisa buat United dengan Romelu Lukaku melihat satu cubaannya tersasar tidak lama selepas itu.

Sampdoriah­ampirmengi­kat kedudukan sebelum rehat dan sekali lagi kerana kesilapan pemain United dengan tendangan percuma Daniel Pavlovic terkena Victor Lindelof dan sedikit tersasar dari pintu gol United.

United melakukan empat pertukaran pada masa rehat, dan dua di antara mereka, Marouane Fellaini dan Ander Herrera berganding­an cantik untuk merembat bola ke pintu gol tetapi jaringan Herrera tidak dibenarkan kerana ofsaid. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia