Utusan Borneo (Sarawak)

Marquez sasar naiki podium pada Grand Prix Czech di Brno Ahad ini

-

BRNO, Republik Czech: Pendahulu keseluruha­n, Marc Marquez, berkata beliau pastinya gembira untuk menaiki podium apabila perlumbaan Moto GP disambung selepas rehat musim panas, dengan perlumbaan Grand Prix Czech di Brno Ahad ini.

Marquez, penunggang jentera Honda yang memenangi perlumbaan di Jerman sebelum rehat musim panas, mendahului senarai keseluruha­n pelumba dengan 129 mata, lima mata di hadapan rakan senegarany­a dari Sepanyol, Maverick Vinales yang menunggang jentera Yamaha.

Andrea Dovizioso dari Itali, penunggang jentera Ducati, di tempat ketiga dengan 123 mata dan di hadapan jaguh legenda Valentino Rossi dari j e n t e r a Y a m a h a d e n - gan 119 mata.

“Brno mempunyai litar menarik tetapi salah satu litar yang sukar, dengan banyak selekoh, naik dan turun bukit,” kata Marquez.

Juara dunia tiga kali MotoGP itu, yang hanya memenangi satu-satu perlumbaan dalam kelas tertinggi di Brno pada 2013, ada menguji litar sepanjang 5.4 kilometer itu semasa rehat musim panas.

“Ia adalah sesi ujian yang bagus di Brno semasa rehat musim panas kerana ia membolehka­n kami membuat persediaan jentera dan memberikan fokus kepada tugas,” kata Marquez, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Brno tahun lepas.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik pada sesi ujian bebas dan bersaing untuk podium pada perlumbaan Ahad ini.” — AFP

 ??  ?? SHARAPOVA
SHARAPOVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia