Utusan Borneo (Sarawak)

Cedera: Sharapova t tarik diri dari kejohanan WTA Bank of West Classic

-

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS): Jaguh Rusia, Maria Sharapo- v a , menarikme n a r i k diri dari kejohanan WTA Bank of W e s t s i c , b e r Clasb e - a apa jam se sebelum j a d u a l perlaw perlawanan pusingan kedua Rabu lepas k kerana kecederaan di lenganl kiri, menurut peng pengumuman pegawai kejohan kejohanan. “Dengan dukacita kami mengumumka­n M Maria Sharapova menarik diri selepas nasihat doktor berhubung kecederaan lengan kiri beliau,” kata satu pesanan menerusi laman sosial Twitter.

Sharapova bermain perlawanan pertama beliau di AS sejak lebih dari dua tahun Isnin lepas apabila menewaskan pemain tuan rumah, Jennifer Brady 6-1, 4-6 dan 6-0 pada perlawanan pusingan pertama.

“Pada akhir perlawanan itu, saya merasai kesakitan di lengan kiri,” kata Sharapova dalam satu kenyataan. “Selepas pemeriksaa­n lanjut, doktor mencadangk­an saya untuk tidak mengambil risiko (terus bermain).”

Bekas pemain nombor satu dunia itu tidak beraksi di AS sejak Mac 2015, sebelum menjalani penggantun­gan 15 bulan kerana mengambil bahan larangan meldonium.

Penarikan diri itu bermakna lawan Sharapova, pilihan ketujuh dari Ukraine, Lesia Tsurenko, meneruskan kemaraan tanpa memukul bola.

“Malangnya saya terpaksa menarik diri dari perlawanan hari ini (Rabu),” kata Sharapova. “Penonton pada malam Isnin cukup istimewa dan saya berharap dapat terus bermain tetapi saya terpaksa membuat keputusan dari nasihat doktor.”

Kecederaan terbaharu itu membangkit­kan persoalan sama ada Sharapova akan cergas untuk beraksi di Terbuka AS, yang akan bermula pada 28 Ogos, dan juga kejohanan persediaan di Cincinnati, dua minggu sebelum Terbuka AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia