Utusan Borneo (Sarawak)

NBBC mahu melahirkan pemain boling berkaliber di utara Sarawak

-

LIMBANG: Kemunculan pemain-pemain muda yang semakin menyerlah di utara negeri ini sejajar dengan objektif penubuhan Kelab Boling Buff Utara (NBBC) untuk melahirkan barisan pemain yang berkaliber.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau PaulusPalu­Gumbangber­kata, sukan boling mempunyai peminat dan pemain tersendiri yang semakin menyerlah di peringkat daerah.

Katanya, kebanyakan ahli kelab itu menjalani latihan dan kejohanan persahabat­an dengan kelab sama di Negara Brunei Darussalam.

“Penubuhan NBBC mampu melahirkan pemain berbakat dalam sukan boling yang semakin diminati generasi hari ini tidak kira tua dan muda,” katanya pada Majlis Perasmian NBBC Limbang di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Penasihat NBBC yang juga Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Pengerusi Protem NBBC Limbang ASP Roslan Leman dan ahli-ahli jawatankua­sa kelab itu.

Paulus mahu ahli- ahli NBBC melakukan senaman kecergasan sebelum bermain boling bagi meningkatk­an stamina.

Katanya, latihan berterusan di Brunei perlu diteruskan dalam usaha mengangkat sukan boling ke peringkat tinggi selain melahirkan pemain berbakat.

Sebanyak RM5,000 diperuntuk­kan untuk NBBC Limbang.

Pada majlis sama, sesi penyampaia­n hadiah pertanding­an boling turut diadakan bagi kategori wanita dan lelaki.

Sufian membuat kejutan apabila muncul juara pertanding­an boling kategori lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia