Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan tempatan dapat pendedahan melalui penganjura­n sukan antarabang­a

-

MIRI: Penyertaan pasukan antarabang­sa dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Menteri Sarawak 2017 Jemputan Antarabang­sa mampu memberi pendedahan kepada pemain tempatan bersaing dengan pasukan luar negara.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak ( PSS) Datuk Seri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki berkata penganjura­n julung kali kejohanan ini bertujuan menonjolka­n bakat pemain sepak takraw di Sarawak.

“Suatu ketika dahulu, Sarawak dikenali sebagai negeri yang telah mencapai tahap tertinggi dalam permainan sepak takraw.

“Setelah kita melihat ter- dapat penurunan prestasi, jadi kita mengadakan pelbagai pertanding­an termasuk melibatkan pemain antarabang­sa agar ia menjadi satu batu loncatan untuk pemain Sarawak setanding di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pemberita semasa Majlis Perasmian Pembukaan Perlawanan di Stadium Bandaraya Miri di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung PSS Fudin Chee, Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Miri ( PSBM) Mohamad Udzair Mokhtar Khan dan Setiausaha PSBM Azami Bakar.

Sementara itu, Abang Khalid berkata pihaknya kini dalam proses untuk memperting­katkan mutu sepak takraw di Sarawak terutama bagi pasukan wanita.

“Kita telah menerima banyak penyertaan kaum wanita dalam sepak takraw dan kini memang ada program pembanguna­n untuk melatih golongan wanita agar dapat mengangkat mutu sepak takraw di negeri ini.

“Selepas kejohanan ini, kita juga telah merancang beberapa lagi siri perlawanan sepak takraw, antaranya Piala Sarawak yang dijangka berlangsun­g pada bulan November di Lawas dan Piala Pelanconga­n dalam bulan Oktober di Kuching,” katanya.

Seramai 24 regu termasuk empat regu antarabang­sa dari Jepun, India, Brunei dan Thailand berentap bagi merebut Piala Ketua Menteri Sarawak yang bermula semalam dan bakal berakhir esok ( 5 Ogos) di Stadium Tertutup Miri.

Sebanyak 20 pengadil termasuk seorang dari Singapura telah dipilih untuk mengadili kejohanan selama tiga hari tersebut.

Orang ramai dijemput untuk meyaksikan kehandalan pasukan sepak takraw antarabang­sa berentap selama tiga hari di Stadium Tertutup Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia