Utusan Borneo (Sarawak)

43 pesilat Zon Selatan bersedia menghayun cabaran

-

KUCHING: Seramai 43 pesilat bersedia menghayunk­an cabaran pasukan Zon Selatan pada temasya Kejohanan Silat Juara-Juara RSS Tertutup 2017 yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Ogos ini di Stadium Tertutup Sibu.

Timbalan Pengurus Zon Selatan Azamri Kifle berkata pesilat terdiri daripada 29 lelaki dan 14 wanita yang akan menyertai pelbagai kategori silat olahraga dan seni.

“Untuk kejohanan kali ini, pasukan Zon Selatan menyasarka­n kutipan 10 pingat emas.

“Kita menaruh harapan tinggi di bahu pesilat-pesilat yang telah dipilih secara rapi daripada pelbagai perguruan silat semasa kejohanan yang diadakan di Kuching pada Mei 2017,” katanya semalam.

Jelasnya lagi, latihan intensif telah bermula sejak bulan lepas dan dibimbing oleh Abang Erdie Fauzerul Abang Pauzan yang merupakan juara dunia 2004 dan juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2005.

Mohd Zurisma Azmi bertindak selaku pengurus pasukan Zon Selatan.

Kejohanan Silat JuaraJuara RSS Tertutup 2017 melibatkan penyertaan sera- mai 200 pesilat mewakili empat zon iaitu Zon Selatan, Zon Barat, Zon Tengah dan Zon Utara.

Antara objektif utama kejohanan ini adalah untuk membuat persiapan pemilihan pesilat-pesilat untuk menghadapi SUKMA 2018 di Perak nanti.

Ia sebagai medan pendedahan dan pencungkil­an bakat-bakat baharu.

ADUN Nangka yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi merangkap Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee akan merasmikan penutupan kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia