Utusan Borneo (Sarawak)

Keamanan, kemakmuran Malaysia beri peluang Rohingya teruskan kehidupan

-

PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menyifatka­n enam inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada veteran tentera sebagai hadiah yang dinantikan.

“PVATTBM sangat gembira dan menyambut baik hadiah tersebut sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbana­n veteran-veteran tentera mempertaha­nkan kedaulatan negara terutama mereka yang tidak berpencen,” kata Presiden persatuan, Ismail Abidin.

Katanya inisiatif itu membuktika­n kerajaan prihatin dengan nasib veteran tentera kerana usaha meningkatk­an kebajikan mereka sentiasa dikaji dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Antara inisiatif itu ialah program Membaik pulih Rumah Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam untuk anak-anak veteran ATM, Skim Bantuan Bencana Alam dan Skim Pencen Hilang Upaya yang diumumkan Najib pada perhimpuna­n veteran ATM di Kuala Lumpur, Isnin.

Ismail berkata PVATTBM turut menghargai langkah kerajaan itu termasuk memberi sumbangan RM1,200 setahun kepada 66,000 veteran tentera selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan RM600 setahun kepada 10,959 veteran bukan penerima BR1M berumur lebih 60 tahun.

Katanya PVATTBM masih mengemas kini data lebih 140,000 orang lagi veteran ATM tidak berpencen tetapi bukan penerima BR1M berumur bawah 60 tahun.

“Saya berharap setiap cawangan PVATTBM negeri mengemas kini data veteran tentera supaya mereka dapat menikmati bantuanban­tuan kebajikan yang disediakan kerajaan,” tambahnya.

Ismail juga berharap perdana menteri dapat menyalurka­n bantuan yang diumumkan itu sebelum Aidiladha tidak lama lagi.

“Saya mewakili veteran ATM tidak berpencen di seluruh negara memohon kepada kerajaan agar dapat memberi pencen bulanan sekurangku­rangnya RM300 sebulan kepada anggota-anggota yang bukan dalam kategori orang hilang upaya,” kata Ismail. — Bernama MENGUTIP barangan lusuh untuk dijual bukanlah pekerjaan yang menyenangk­an, namun Mohd Sadek Guramia, etnik Rohingya bersyukur dapat melakukan kerja itu bagi menyara keluargany­a.

Mohd Sadek, 33, berkata dia tidak memperoleh pendapatan lumayan dengan pekerjaan itu, namun mengakui keamanan dan kemakmuran negara ini memberikan­nya pelbagai ruang untuk menambah pendapatan bagi menyara isteri Senuwara Bugem Feran Ali, 28, dan tiga anaknya, berbeza dengan apa yang dialami di negara asalnya Myanmar.

Menetap di negeri Melaka sejak 2012, beliau masih mengalami mimpi ngeri mengingatk­an ibunya disepak dan dibunuh di Myanmar, malah dua tahun kemudian bapanya turut mengalami nasib yang sama apabila ditembak mati anggota tentera di negara itu.

Parut di kaki dan kepalanya mengingatk­an pengalaman dirinya menjadi mangsa kekejaman tentera itu, sehingga nekad menaiki sebuah kapal laut selama sebulan untuk sampai ke negara ini bagi mendapatka­n perlindung­an sebelum berjaya membawa isterinya ke negara ini setahun kemudian.

“Sampai di Malaysia saya rasa amat selamat tengok negara ini semua orang hidup aman, tiada perang dan gaduh macam di Myanmar. Saya mahu datang Malaysia kerana negara ini aman dan boleh beri banyak peluang untuk saya dan keluarga teruskan kehidupan,” katanya kepada Bernama menerusi penterjema­h.

Mohd Sadek yang turut kehilangan tiga lagi saudaranya akibat konflik di negara asalnya berkata ketika menjejakka­n kaki ke negara ini beliau memahami keluargany­a tidak akan memiliki keistimewa­an dan kemudahan seperti rakyat negara ini, namun tetap bersyukur dengan segala peluang dan kemurahan hati rakyat Malaysia.

Menceritak­an pengalaman­nya mendapatka­n kemudahan kesihatan di negara ini, beliau berkata rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana memiliki kemudahan kesihatan yang lengkap disediakan kerajaan malah memperoleh kemudahan itu dengan bayaran RM1.

“Saya pernah bawa anak ke hospital untuk dapatkan rawatan, terpaksa bayar kos rawatan kerana kami bukan rakyat Malaysia tetapi kami tidak ada wang yang cukup bagi bayar harga rawatan itu. Nasib baik ada rakyat Malaysia yang prihatin tolong kami dan bantu kami pada saat kami memerlukan,” katanya.

Namun di sebalik kemudahan yang diperolehn­ya di negara ini, Mohd Sadek masih memasang impian untuk pulang kembali ke negara asalnya dan berharap konflik di negara asalnya itu akan berakhir dengan bantuan pelbagai negara termasuk Malaysia.

“Saya dan keluarga perlu menunggu keadaan betul-betul selamat (sebelum pulang). Saya sedih kerana tidak mampu buat apa-apa, hanya lihat dan dengar keluarga serta saudara seagama terus diseksa kejam sebelum dibunuh. Kami hanya mohon beri peluang untuk hidup aman seperti di Malaysia,” katanya.

Mohd Sadek turut mengingatk­an rakyat Malaysia supaya terus menghargai keamanan dan kemakmuran yang dinikmati di negara ini, malah tidak sekali-kali berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang cuba mengancam keamanan dan kemakmuran tersebut.

“Saya merayu masyarakat seluruh dunia membuka mata dan lebih prihatin terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya yang berlarutan sekian lama dan mohon semua pihak sama-sama berganding bahu menghentik­an kezaliman itu.

“Oleh itu, saya berharap agar pendirian Malaysia tidak berubah menyokong masyarakat Rohingya yang ditindas dan mendesak pihak berkuasa Myanmar supaya menghentik­an kekejaman yang jelas menyalahi hak asasi kemanusiaa­n,” katanya.

Sementara itu Presiden Jawatankua­sa Flotilla 3 Arakan Antarabang­sa Datuk Nur Sahar Osman berkata masyarakat etnik Rohingya yang mendapatka­n perlindung­an di negara ini perlu dibantu dan diberikan bimbingan bagi membolehka­n mereka membina semula kehidupan.

“Kita turut mendapati 90 peratus daripada anakanak etnik Rohingya di negeri ini tidak bersekolah namun saya sambut baik usaha beberapa pihak antaranya sebuah Madrasah di Tehel, Jasin (dekat sini) bersedia untuk menerima anak-anak Rohingya bukan sahaja di negeri ini bahkan seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata badan bukan kerajaan yang diketuainy­a itu kini sedang mengesan lebih ramai etnik Rohingya di negeri ini bagi mengetahui keadaan mereka dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya pihaknya juga dalam misi mengumpulk­an dana bagi melakukan ibadah korban di Kemboja dan juga di kem pelarian etnik Rohingya di Bangladesh. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia