Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Muamalat sumbang barangan kepada 36 surau Rapid Rail

-

MENYEDARI kepentinga­n memberi keselesaan kepada pengguna pengangkut­an awam, Bank Muamalat Malaysia Bhd baru-baru ini menyumbang barangan berjumlah RM10,000 kepada surau di bawah pengurusan Rapid Rail Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Datuk Mohd Redza Syah Abdul Wahid berkata sumbangan termasuk peralatan solat seperti telekung dan sejadah itu adalah untuk kegunaan awam di 36 stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel.

“Pihak Prasarana Malaysia Berhad telah bertanggun­gjawab menyediaka­n infrustruk­tur yang lebih besar maka pihak luar seperti kami seharusnya menyokong melalui bantuan sebegini agar orang ramai mendapat perkhidmat­an terbaik,” katanya pada majlis perasmian Projek Telekung Bank Muamalat Bersama Prasarana di Kuala Lumpur.

Mohd Redza Syah berkata kedua-dua pihak juga akan bekerjasam­a memastikan ia berada dalam keadaan baik melalui penglibata­n sukarelawa­n.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata sumbangan seumpama itu mampu memanfaatk­an pengguna dalam menjalanka­n aktiviti harian termasuk beribadah dengan selesa.

“Kita ada lebih 500,000 pengguna perkhidmat­an tren setiap hari dan kebanyakan­nya beragama Islam serta memerlukan kemudahan surau terutama ketika bulan Ramadan yang bakal tiba,” katanya.

Zohari berkata, pihaknya juga akan menyediaka­n snek juadah berbuka puasa pada bulan itu untuk pengguna yang berada dalam perjalanan sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia