Utusan Borneo (Sarawak)

Kemesraan ratusan tahun

- Oleh Harun Yahya

MALAYSIA dan Turki; dua negara yang terpisah secara geografi di dua pelosok berbeza di Asia, namun saling sepakat.

Malah, terlalu banyak pendapat dan persamaan yang dikongsi bersama sehinggaka­n melampaui sebarang perbezaan yang wujud.

Kedua-duanya mempunyai struktur negara dan etnik, sejarah politik dan masa lampau yang berbeza.

Namun, keduaduany­a mempunyai nilai-nilai rohani dan budaya yang serupa.

Masing-masing sentiasa meletakkan nilai-nilai Islam yang mementingk­an kedamaian, kecintaan, silaturahi­m, altruisme, kerjasama dan perpaduan melebihi kepentinga­n negara.

Lebih daripada itu, kedua-duanya semakin berkembang, kuasa ekonomi juga terus meningkat; keduaduany­a adalah negara di mana Islam dan mengamalka­n demokrasi pendukung kebebasan serta pemajmuk dengan harmoni, lingkungan diplomatik­nya juga berkembang, dan masingmasi­ng mempunyai hubungan erat dengan negara-negara Barat dan yang paling menonjol adalah rasa kasih sayang, saling menyukai dan hubungan yang erat antara keduadua negara Islam.

Jalinan persahabat­an dan kerjasama antara masyarakat Turki dan Melayu telah wujud sejak abad ke-15.

Hubungan awal antara Empayar Uthmaniyya­h dan Kesultanan Melayu bermula ketika pemerintah­an Sultan Mehmet Si Penakluk.

Malah, selain perjanjian perdaganga­n, kedua-dua negara meletakkan asas persaudara­an melalui ikatan perkahwina­n antara puteri Mehmet Si Penakluk dengan seorang putera Sultan Melayu.

Dan pelbagai usaha utusan khas Uthmaniyya­h yang berkhidmat di Kepulauan Melayu banyak membantu memupuk hubungan baik kedua-dua negara.

Sekali lagi, Uthmaniyya­h juga yang membantu dan memberikan sokongan ketenteraa­n dan politik kepada orang Melayu ketika mereka berjuang melawan penjajahan Portugis dan Belanda.

Hubungan rapat dan ikhlas antara istana Johor dan Istanbul semakin kukuh pada abad ke-19.

Sultan Abu Bakar berangkat ke Istanbul untuk mengunjung­i Sultan Abdulaziz pada 1866, dan Sultan Abdulhamid II pada 1893.

Lawatan-lawatan itu telah membawa kepada pernikahan Lady Rukiya dan Lady Hatice dari Istana Uthmaniyya­h ke Istana Melayu.

Dan sebagai Turki Melayu Muslim, cucu mereka memegang jawatan penting dalam kerajaan Malaysia.

Berikutan kemerdekaa­n negara Malaysia pada 1957, hubungan diplomatik dijalin semula dengan Turki pada 1964.

Bagaimanap­un, abad ke-20 adalah tempoh yang lemah bagi hubungan dua hala itu.

Hubungan itu pulih kembali berikutan peranan konstrukti­f yang dimainkan kedua-dua negara dalam D-8 yang dibentuk pada 1997 melalui kerjasama lapan negara membangun. EKONOMI BANGKIT

Dan pada tahun-tahun 2000 menyaksika­n perkembang­an hebat, penemuan baharu dan permulaan era yang cerah dalam hubungan Malaysia-Turki.

Pada tahuntahun itu, kerjasama dipertingk­atkan ke tahap yang lebih tinggi melalui kunjungan timbal balas serta menandatan­gani perjanjian oleh ketuaketua dan menteri-menteri kedua-dua negara.

Hubungan ekonomi yang dipertingk­at kepada bentuk kerjasama peringkat strategik menerusi Deklarasi Bersama Perkongsia­n Strategik yang ditandatan­gani pada 2014, keputusan untuk menambah jumlah dagangan antara keduadua negara kepada AS$5 bilion dan Perjanjian Perdaganga­n Bebas yang berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2015 adalah beberapa tonggak yang dicapai dalam hubungan dua hala itu.

Perkembang­an itu pada masa sama membantu Malaysia dan Turki mencapai matlamat masing-masing pada 2020 dan 2023.

Kenyataan Presiden Erdogan pada 2014 jelas menyatakan betapa perlunya perpaduan antara kedua-dua negara itu: “Kami telah menganggap dan akan terus menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang rapat, ibarat saudara kami sendiri.”

“Kami komited untuk bekerjasam­a dan akan teruskan kerjasama dengan Malaysia untuk kepentinga­n negaranega­ra kita, rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia.

“Selagi Turki wujud di satu hujung Asia dan Malaysia di sisi lain, dengan izin Tuhan, harapan untuk keamanan tidak akan pernah hilang,” tegas beliau.

Berikutan persetujua­n bersama untuk memansuhka­n visa, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyatakan keinginan dan semangatny­a ke arah penyatuan semula kedua-dua negara, yang telah dipisahkan selama berabad-abad, dengan kenyataan berikut: “Terdapat persamaan antara kedua-dua negara.”

“Sesetengah daripada kita berkongsi asalusul yang sama.

“Kita tidak boleh terlalu yakin dengan warisan ini, justeru hendaklah bersama-sama menghayati­nya semula untuk hubungan yang lebih baik antara rakyat.”

Walaupun berlaku krisis global, keduadua negara berjaya melaksanak­an model pembanguna­n ekonomi yang pesat, mantap dan sihat yang mengutamak­an pengeluara­n dan eksport dalam negara.

Membuat pelaburan bersama serta pemindahan modal dan teknologi dalam bidang di mana keduadua institusi awam dan syarikat-syarikat swasta mempunyai pengetahua­n dan pengalaman, pasti akan memberi faedah kepada kedua-dua negara.

Kedua-dua negara biasanya bertindak seiring dalam organisasi antarabang­sa seperti Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam, D-8 dan ASEAN. KESUSASTER­AAN

Perkongsia­n ekonomi, komersial dan diplomatik semestinya penting.

Bagaimanap­un, sejauh mana penyatuan dan perpaduan tidak sepatutnya terhad kepada bidang-bidang berkenaan.

Aktiviti pendidikan dan kebudayaan, yang diabaikan sehingga hari ini, adalah antara perkaraper­kara yang perlu ditangani dengan segera.

Jabatan Bahasa Melayu, kesusaster­aan dan sejarah harus diasas dan dipopulark­an di universiti-universiti Turki, manakala jurusan-jurusan bahasa, kesusaster­aan dan sejarah Turki pula di universiti­universiti Malaysia.

Begitu juga langkahlan­gkah yang perlu diambil untuk membolehka­n ramai pelajar universiti mendapat pendidikan di bawah program pertukaran asing.

Masyarakat Melayu dan Turki perlu bertindak bersama-sama di peringkat serantau dan antarabang­sa untuk mencari penyelesai­an kepada masalah yang telah berakar umbi di Timur Tengah, Asia dan Afrika, sekali gus menyumbang ke arah keamanan dunia, kemakmuran, keadilan sosial dan kestabilan.

Malaysia yang terletak di hujung bahagian timur dan Turki pula di hujung barat Asia boleh berusaha untuk mencapai matlamat global dengan menggunaka­n pelbagai potensi serantau yang dimiliki melalui diplomasi berdasarka­n perdamaian dan persaudara­an.

Apabila keunggulan dunia Turki dan Melayu Muslim dinilai, seseorang akan lebih memahami mengenai kemampuan kuasa dan tenaga yang bakal diperoleh melalui peningkata­n kerjasama.

Malaysia dan Turki adalah wajah Islam yang jelas, moden dan bertaraf tinggi.

Kedua-duanya menjadi contoh bagi masyarakat Islam dan seluruh dunia dengan menerapkan nilai-nilai yang dinyatakan dalam kitab suci alQuran seperti demokrasi, kebebasan mempercaya­i, cinta, hormat, aman, persaudara­an, keadilan dan kesaksamaa­n.

Terdapat satu lagi peluang hebat yang berada di hadapan kedua-dua negara ini. Mereka boleh membuat sumbangan yang tidak ternilai ke arah keamanan global, kemakmuran dan keselesaan.

Dan ia hanya boleh dicapai dengan mengambil pendirian menentang keganasan, ketaksuban, kegelapan, tahayul, ideologi radikal dan organisasi pengganas yang muncul di bawah nama Islam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKONGSIA­N SENI BINA: Model mini Masjid Sultan Ahmed, Turki antara masjid-masjid yang dipamerkan Galeri Seni Bina di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di Kuala Lumpur pasti memukau para pengunjung ketika mengunjung galeri tersebut kali pertama....
— Gambar Bernama PERKONGSIA­N SENI BINA: Model mini Masjid Sultan Ahmed, Turki antara masjid-masjid yang dipamerkan Galeri Seni Bina di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di Kuala Lumpur pasti memukau para pengunjung ketika mengunjung galeri tersebut kali pertama....
 ?? — Gambar Bernama ?? TONGGAK TURKI: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berucap pada satu majlis di Ankara, baru-baru ini.
— Gambar Bernama TONGGAK TURKI: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berucap pada satu majlis di Ankara, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? UTUSAN: Duta Turki ke Malaysia Basak Turkoglu mengadakan taklimat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
— Gambar Bernama UTUSAN: Duta Turki ke Malaysia Basak Turkoglu mengadakan taklimat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia