Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanconga­n kesihatan jana pendapatan negara dan buka peluang pekerjaan

-

KUALA LUMPUR: Pelanconga­n kesihatan sudah dianggap sebagai salah satu industri yang menjana ekonomi negara apabila sektor itu mencatat pertumbuha­n sebanyak 23 peratus pada 2016 dengan menjana pendapatan sebanyak RM1.12 bilion, berbanding RM914 juta pada 2015.

Malah tahun lepas sahaja lebih 900,000 pelancong mendapatka­n rawatan di negara ini berbanding 859,000 pada 2015 dengan sebahagian besar datang dari Indonesia, Bangladesh, India, Indochina (Myanmar, Vietnam), negara- negara Asia Barat, Australia, China dan Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelanconga­n Penjagaan Kesihatan Malaysia ( MHTC) Sherene Azli berkata perkembang­an menggalakk­an daripada industri itu turut membantu meningkatk­an taraf hidup rakyat terutama generasi muda, dengan mewujudkan peluang pekerjaan dari pelbagai sudut.

Katanya peluang pekerjaan itu ditawarkan melalui gabungan sektor- sektor perkhidmat­an utama seperti pengangkut­an, penginapan, tarikan- tarikan pelancong dan perkhidmat­an makanan.

Sebagai contoh, permintaan tenaga kerja yang menyokong ekosistem industri ini meningkat antaranya melibatkan pelapis pengamal perubatan, fasilitato­r kesihatan, agensi pelanconga­n, pembanguna­n industri peranti perubatan, pemandu pelancong dan pekerja di hotel.

Menurut Sherene, Malaysia terus menjadi lokasi pilihan pelancong kesihatan kerana menawarkan kualiti penjagaan kesihatan bertaraf dunia termasuk pengamal penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi serta disokong oleh teknologi perubatan terkini.

“Malaysia memiliki ekosistem dan prasarana untuk menyediaka­n sistem dan perkhidmat­an penjagaan kesihatan menyeluruh atau ‘ end- to- end seamless service”, yang mana segala keperluan pesakit diambil kira dari saat mula mencari maklumat, hingga menjalani rawatan, dan setelah pesakit pulang ke negara asal.

“Selain itu pakar- pakar kesihatan di Malaysia adalah berkelayak­an dan menerima latihan di institusi- institusi tersohor dari Malaysia dan luar negara, hospital yang memiliki akreditasi antarabang­sa selain sistem penjagaan kesihatan dikawal selia dengan ketat oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia bagi memastikan kualiti dan keselamata­n,” katanya.

Kos rawatan yang berpatutan juga menjadi faktor utama pemilihan negara ini sebagai destinasi pelanconga­n kesihatan sebagai contoh, pembedahan pintasan jantung di Malaysia adalah antara RM30,000 hingga RM50,000 berbanding di Amerika Syarikat dengan kos lebih RM100,000.

Antara rawatan perubatan utama menjadi pilihan ialah kardiologi, onkologi, pembenihan in- vitro ( IVF), orthopedik, oftalmolog­i, pergigian dan kosmetik.

Malah Malaysia turut dipilih sebagai hab halal global yang menawarkan pusat perubatan yang mempunyai ciri- ciri mesra iba- dah dengan semua hospital menyediaka­n makanan halal, mempunyai kemudahan bilik sembahyang, perubatan alternatif halal serta perubatan bebas alkohol, bebas gelatin, dan bebas daripada produk babi dan unsur- unsurnya.

Justeru tidak hairan apabila Malaysia diiktiraf sebagai ‘ Destinasi Pelanconga­n Kesihatan’ selama tiga tahun berturut- turut oleh Internatio­nal Medical Travel Journal ( IMTJ) ( 2015, 2016, 2017) dan dinamakan sebagai negara yang mempunyai ‘ Sistem Penjagaan Kesihatan Terbaik di Dunia’ oleh Indeks Persaraan Tahunan Global anjuran Internatio­nal Living. ( 2015, 2016, 2017).

MHTC adalah sebuah agensi di bawah Kementeria­n Kesihatan yang ditubuhkan pada 2009 untuk meningkatk­an profil Malaysia sebagai salah satu destinasi perkhidmat­an penjagaan kesihatan bertaraf dunia selain memudah cara pembanguna­n keseluruha­n industri pelanconga­n penjagaan kesihatan di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKHIDMAT­AN CEMERLANG: Azizan (duduk, empat kanan) bergambar bersama 27 penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2016 LADA di Resort World Langkawi, kelmarin.
— Gambar Bernama PERKHIDMAT­AN CEMERLANG: Azizan (duduk, empat kanan) bergambar bersama 27 penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2016 LADA di Resort World Langkawi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia