Utusan Borneo (Sarawak)

ST: Jimat elektrik dengan peralatan cekap tenaga

Lebih untung beli peralatan elektrik ada label cekap tenaga

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Tenaga ( ST) menyeru orang ramai supaya gunakan peralatan elektrik cekap tenaga yang boleh memberikan penjimatan bagi jangka panjang.

Ketua Unit Harga Elektrik, Jabatan Pembanguna­n dan Kawalselia Pasaran Elektrik ST, Marlinda Mohd Rosli berkata, badan itu telah membuat pelabelan penarafan bintang bagi peralatan kecekapan tenaga yang boleh didapati di kedai barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas, lampu dan lain- lain.

“Produk-produk ini agak mahal sedikit, tetapi untuk jangka panjang, terutamany­a dengan semakan tarif elektrik yang sentiasa berlaku, adalah lebih menguntung­kan para pengguna sekiranya mereka membeli barang-barang yang ada label kecekapan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia ( Nadi Seri Pagi) dengan tajuk ‘Pelarasan Rebat Tarif Elektrik’, di TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran pada 19 Julai lepas.

Marlinda berkata, mengikut mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang ( ICPT), yang merupakan sebahagian daripada kerangka Dasar Penetapan Baharu Tarif Elektrik yang dinamakan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), kos penjanaan sebenar tarif elektrik akan disemak setiap enam bulan.

Beliau berkata, berdasarka­n semakan terbaharu, terdapat peningkata­n kos bahan api yang sepatutnya dilepaskan kepada (ditanggung oleh) pengguna, namun kerajaan telah menetapkan supaya ia diserap oleh dana Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) (dana hasil rundingan semula perjanjian pembelian kuasa) untuk menampung kos tersebut.

Menteri (Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) telah membuat pengumuman pada 30 Jun, 2017 mengatakan kerajaan akan membelanja­kan sebanyak RM1.3 bilion untuk memastikan kadar tarif elektrik semasa adalah kekal dan tidak berubah, katanya.

Beliau berkata, sejak Mac 2015, rebat keseluruha­n yang telah diberikan kepada pengguna adalah berjumlah RM5.4 bilion.

Sementara itu, mengenai tarif industri khas yang diperkenal­kan kepada industri intensif tenaga, Marlinda berkata, kerajaan sedang menyemak semula insentif berkenaan dan ia berkemungk­inan berakhir pada 2020.

Tarif yang mula diperkenal­kan pada 1995 itu bertujuan membantu industri intensif tenaga antaranya industri simen dan besi melalui pemberian diskaun antara lapan dan 10 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia