Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan Pelanconga­n Langkawi disasar cecah RM9 bilion menjelang 2020

-

LANGKAWI: Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) menyasarka­n pendapatan dalam sektor pelanconga­n di Langkawi akan mencecah RM9 bilion menjelang 2020, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azizan Noordin.

Katanya sasaran ini ditetapkan berdasarka­n jangkaan pulau ini dapat menarik lima juta pelancong menjelang tahun berkenaan berbanding 3.67 juta orang yang dicatatkan tahun lepas.

“Ketibaan pelancong pada tahun lepas telah membolehka­n Langkawi mencatatka­n pendapatan kira-kira RM5.6 bilion,” katanya semasa beru- cap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang LADA di sini malam kelmarin.

Menurutnya sasaran ini terkandung di bawah Pelan Tindakan Pelanconga­n Langkawi 2.0, sebuah pelan pelaksanaa­n pembanguna­n industri pelanconga­n Langkawi bagi tempoh di antara 2016 dan 2020.

Perancanga­n ini, katanya, akan turut melibatkan lebih banyak lagi penganjura­n acara-acara bertaraf antarabang­sa di pulau ini.

Azizan berkata bermula tahun ini, LADA telah merancang untuk menganjurk­an 35 acara pelanconga­n bertaraf antarabang­sa yang antaranya termasuk pameran kereta klasik, Bola Tampar Siri Jelajah Dunia dan festival motosikal berkuasa tinggi.

Selain itu LADA juga telah berjaya dalam bidaannya untuk menjadi tuan rumah acara promosi pemasaran kembara Persatuan Pengembara­an Asia Pasifik (PATA Travel Mart) pada tahun depan.

“Kejayaan-kejayaan menganjurk­an acara- acara ini amat bergantung kepada komitmen kakitangan LADA dan kerjasama dengan pihak- pihak lain,” katanya.

Beliau meminta petugas LADA untuk terus mem- berikan komitmen mereka bagi memperting­katkan lagi produktivi­ti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaik­an APC kepada 27 petugas LADA yang telah berjaya menunjukka­n kecemerlan­gan dalam menjalanka­n tugas mereka sepanjang 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia