Utusan Borneo (Sarawak)

UTM, PBT Pengerang bangunkan Pengerang sebagai koridor ekonomi Johor Timur

-

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang akan bekerjasam­a melaksanak­an kajian bagi memastikan pembanguna­n mampan Pengerang, sekali gus menjadikan­nya koridor baharu ekonomi Johor Timur.

Kerjasama itu membabitka­n kajian pembanguna­n hartanah, penguranga­n pelepasan karbon, pelanconga­n dan pengurusan bencana yang bernilai RM1.1 juta bagi tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata kerjasama ini selaras dengan penubuhan Institusi Inovasi Strategik Johor (IISJ) yang merupakan sinergi antara universiti dan kerajaan negeri bagi mencapai matlamat Johor Negeri Berkemajua­n.

“Kepakaran dan modal insan yang ada di UTM mampu menyumbang ke arah kesejahter­aan rakyat negeri ini bagi menjadikan Johor sebuah negeri berinovasi dan ekonomi ‘ power house’,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTM dan PBT Pengerang, di sini, kelmarin.

UTM diwakili Timbalan Naib Censelor Penyelidik­an dan Inovasi, Profesor Dr Ahmad Fauzi Ismail manakala PBT Pengerang diwakili Yang Dipertuany­a Bukhari Abd Rahman dan disaksikan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Coorporati­on Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim.

Sementara itu, Kamaruzzam­an berkata menjadi hasrat kerajaan negeri memastikan sebuah PBT yang boleh menyokong kemajuan dan matlamat bagi mencapai kejayaan yang besar di Pengerang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia