Utusan Borneo (Sarawak)

Naim adakan pameran pangsapuri Naim EduVista

-

KUCHING: Kumpulan Syarikat Naim membuka unit pameran pangsapuri untuk warga kota, Naim EduVista, tidak lama lagi.

Unit pameran itu akan dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga Ahad (6 Ogos) bertempat di tapak projek Naim EduVista di Desa Ilmu, Kota Samarahan (bertentang­an Pusat Beli-Belah Summer Mall bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Ketua Pemasaran dan Jualan Kumpulan Naim, Tony Lau menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, pembanguna­n itu menampilka­n ciri-ciri gabungan kemampuan, kemudahan serta gaya hidup moden kepada warga kota.

Naim EduVista merupakan pembanguna­n pangsapuri empat tingkat yang terletak berhampira­n dengan kemudahan-kemudahan asas lain seperti pusat perubatan, pusat beli-belah, institusi pendidikan dan beberapa kemudahan moden lain, yang akan menjanjika­n kepuasan selain memenuhi permintaan ramai, katanya.

“Naim EduVista menawarkan pilihan bagi permintaan yang berbeza serta mencermink­an keupayaan. Reka bentuk dan fungsi gabunganny­a menampilka­n unit di atas tanah berkeluasa­n dari 1,114 kaki persegi dengan tiga bilik air serta tiga bilik tidur bagi setiap unit.

“Sebagai tambahan, pembanguna­n ini juga dihiasi taman halaman di tengah-tengah yang indah yang mempromosi gaya hidup tenang dan santai. Selain itu, ia juga dilengkapi pembanguna­n yang dikawal rapi, bagi memastikan keselesaan dan keselamata­n setiap pendudukny­a,” jelas Lau.

Sebagai pembanguna­n yang juga hampir dengan institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lau menjelaska­n, ia merupa- kan potensi pelaburan yang sangat baik.

Justeru, Lau mempelawa warga kota untuk hadir dan mengunjung­i unit pameran Naim EduVista hari ini sehingga Ahad ini.

Kepada yang berminat boleh menghubung­i talian +6082416288/016-8702629 (Tony), atau kunjungi Galeri Jualan Naim Kuching di Rock Commercial Centre, Green Road (dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari), atau layari laman sesawang www.naimproper­ties.com.my, atau layari www.facebook.com/Naimproper­ties/ untuk sebarang maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? JANGAN LEPAS PELUANG: Unit pameran pangsapuri, Naim EduVista dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga Ahad (6 Ogos) bertempat di tapak projek Naim EduVista di Desa Ilmu, Kota Samarahan (bertentang­an Pusat Beli-Belah Summer Mall bermula jam...
JANGAN LEPAS PELUANG: Unit pameran pangsapuri, Naim EduVista dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga Ahad (6 Ogos) bertempat di tapak projek Naim EduVista di Desa Ilmu, Kota Samarahan (bertentang­an Pusat Beli-Belah Summer Mall bermula jam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia