Utusan Borneo (Sarawak)

BBSB, BEO meterai perjanjian tambahan Inisiatif saling menyokong untuk tingkat perniagaan ke tahap lebih selesa

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) dan Bintulu Edible Oils Sdn Bhd (BEO) mengambil inisiatif saling menyokong dalam meningkatk­an perniagaan masingmasi­ng melalui perjanjian tambahan bagi penggunaan kemudahan pemasangan pukal yang akan meletakkan kedudukan kedua-dua belah pihak ke tahap lebih selesa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Dato Mohammad Medan Abdullah berkata, sebelum penubuhan BBSB, BEO telah beroperasi di Dermaga Kargo Am Bintulu Port dan dalam tahun 2008, syarikat itu mengambil langkah strategik untuk mengalihka­n semua operasi perkapalan mereka ke BBSB dan seterusnya menggunaka­n sepenuhnya kemudahan simpanan dan perkhidmat­an BBSB.

Katanya, langkah itu ternyata membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak antara BEO dan BBSB dengan penghantar­annya yang meningkat ketara dan kedudukan kedua-duanya sebagai terminal pemuatan dan penapisan berprestas­i terbaik antara syarikat kumpulan Wilmar di rantau ini.

“Selepas daripada itu, hubungan kedua-dua syarikat berkembang, meraih manfaat melalui kerjasama tersebut. BEO muncul sebagai keutamaan penting kepada perniagaan BBSB.

“Syarikat itu menyumbang hampir 50 peratus penghantar­an tahunan BBSB manakala 50 peratus selebihnya dikongsi bersama tiga lagi kilang penapis menjadikan BEO sebagai rakan niaga terbesar BBSB,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Tambahan antara Bintulu Ports Bulkers Sdn Bhd (BBSB) dan Bintulu Edible Oils (BEO) Sdn Bhd serta Perjanjian Kontrak reka bentuk, fabrikasi dan pembinaan empat unit saluran paip pukal bernilai RM7.8 juta selama lapan bulan dan dijangka siap akhir Disember 2017 dengan Redha Infaq Sdn Bhd di Bilik Persidanga­n Wisma Kontena Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), Tanjung Kidurong semalam.

Perjanjian tambahan itu ditandatan­gani oleh Mohammad Medan dan Ketua Pegawai Operasi BBSB, Shamsuddin Ismail yang mewakili BBSB manakala BEO diwakili oleh Pengurus Besarnya, Lu Khai Ing serta Pengurus Pentadbira­n dan Akaun Kanannya, Sia Ting Chang.

Diikuti perjanjian kontrak melibatkan Redha Infaq Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Merudi Jabah dan Pengarahny­a, Sharifah Zuraini Wan Abu Bakar.

Menurutnya, kedua- dua syarikat (BBSB dan BEO) terus mengukuhka­n hubungan antara satu sama lain untuk menghadapi cabaran dalam persekitar­an perniagaan global yang sentiasa berubah dan berterusan mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-duanya.

“Contoh terbaik langkah ke hadapan adalah apa yang dapat kita saksikan hari ini, keduadua belah pihak memberikan komitmen untuk menyokong antara satu sama lain dalam usaha meningkatk­an perniagaan masing-masing yang memberikan kedua-duanya tahap selesa untuk tempoh lima tahun akan datang,” tambahnya.

“Saya sentiasa mengalualu­kan dan menyokong usaha ini dengan keyakinan ia akan membawa kepada kerjasama yang lebih besar dan baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, BBSB sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk pelanggann­ya, terus bekerja ke arah kecemerlan­gan dan kebolehper­cayaan dalam perkhidmat­an, membina keupayaan dan kapasitiny­a dengan permintaan yang berkembang.

Dalam pada itu Mohammad Medan berkata, perjanjian kontrak bagi reka bentuk, fabrikasi dan pemasangan tambahan empat unit saluran paip pukal dari persimpang­an (Interchang­e) A ke terminal dan satu saluran paip khusus ke rumah pam (Pumphouse) B dari dermaga kecil merupakan contoh komitmen kami untuk meningkatk­an keupayaan pengendali­an selaras dengan peningkata­n jumlah pelanggan dan persediaan untuk penghantar­an masa depan.

“Pemasangan tambahan saluran paip adalah sebahagian­nya untuk menampung kilang penapisan baharu Rimbunan Hijau Borneo Edible Oils Sdn Bhd yang dijangka mula beroperasi pertengaha­n bulan ini (Ogos 2017),” jelasnya.

Dengan siapnya projek ini dijangka akhir tahun ini katanya, BBSB akan menyedia 12 saluran paip pukal untuk digunakan oleh lima kilang penapis (minyak sawit).

“Saya senang hati bukan sahaja projek ini akan memberi manfaat kepada semua pelanggan kami tetapi penghargaa­n juga harus diberi kepada Redha Infaq Sdn Bhd atas kerja-kerja mereka sebagai saksi komitmen kami menggalakk­an penyertaan syarikat Bumiputera Sarawak dalam pelan pembanguna­n kumpulan Bintulu Port.

“Saya percaya Redha Infaq akan menyiapkan projek ini seperti yang diharapkan dan mengikut jadual berdasarka­n kepada rekod prestasi syarikat itu sebelumnya mengenai penyiapan projek kepada syarikat Kumpulan Bintulu Port, MLNG (Malaysia LNG) dan Sarawak Hidro Sdn Bhd,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), Omar Salleh; Ketua Pegawai Operasi Samalaju Industrial Port Sdn Bhd, Matshalleh Mohd Etli; pengurus besar dan pengurus-pengurus syarikat kumpulan BPHB.

 ??  ?? PERJANJIAN: Mohammad Medan (dua kanan) dan Merudi bertukar-tukar dokumen yang telah ditandatan­gani sambil disaksikan oleh Shamsuddin (kanan) dan Sharifah Zuraini (kiri).
PERJANJIAN: Mohammad Medan (dua kanan) dan Merudi bertukar-tukar dokumen yang telah ditandatan­gani sambil disaksikan oleh Shamsuddin (kanan) dan Sharifah Zuraini (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia