Utusan Borneo (Sarawak)

Kongres Chile longgar larangan penggugura­n

-

SANTIAGO: Kongres Chile kelmarin melonggark­an larangan ketat ke atas penggugura­n yang berkuatkua­sa sejak zaman pemerintah­an kuku besi Augusto Pinochet hampir tiga dekad lalu.

Langkah itu, yang diluluskan dengan undian 22- 13 dalam Senat, membenarka­n penggugura­n dalam kes rogol, jika nyawa si ibu terancam atau jika janin menampakka­n kecacatan kelahiran yang boleh menyebabka­n kematian.

Ia kini menunggu keputusan oleh Mahkamah Perlembaga­an atas permintaan pembangkan­g.

Sehingga sekarang, negara Amerika Selatan itu telah menjadi sebahagian daripada sekumpulan kecil negara konservati­f yang melarang penggugura­n dalam semua keadaan – termasuk Republik Dominika, El Salvador, Gabon, Haiti, Malta, Nicaragua, Filipina dan Senegal.

“Kita berpuas hati. Kita sudah mengemukak­an alternatif, dan pilihan penjagaan kesihatan yang selamat, kepada semua wanita, tidak kira apa pun keputusan yang mereka buat,” kata Claudia Pascual, menteri wanita dan kesamarata­an jantina.

Di negara yang amat konservati­f ini, langkah itu telah menjadi keutamaan bagi Presiden Michelle Bachelet, presiden wanita pertama Chile yang berhaluan kiri dan seorang pakar pediatrik terlatih.

Bachelet sudah berusaha sejak 2015 untuk menarik balik larangan ketat ke atas penggugura­n yang dikuatkuas­akan pada 1989, pada hari-hari terakhir pemerintah­an diktator Pinochet.

Di bawah undang-undang sekarang, penggugura­n boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.

Sebelum perubahan pada era Pinochet, penggugura­n sudah dibenarkan di bawah undang- undang di Chile selama lima dekad – dalam kes ancaman kepada nyawa si ibu atau janin yang tidak dapat hidup.

Di bawah undang-undang baharu, peraturan berkaitan penggugura­n dalam kes rogol muncul sebagai kontrovers­i. Dalam kes sedemikian, sekarang mangsa dapat melakukan penggugura­n secara sah sehingga 12 minggu selepas kehamilan bermula. Bagi gadis bawah umur 14 tahun, penggugura­n dibenarkan sehingga 14 minggu kehamilan.

Jika seorang gadis muda dirogol oleh bapanya, hakim atau penjaga mesti memberikan kebenaran bagi penggugura­n. Jika mangsa berusia 14-19 tahun, seorang anggota keluarga mesti dimaklumka­n tentang keinginann­ya untuk melakukan penggugura­n.

“Kita sudah meminda peraturan bagi gadis dan wanita muda. Ia adalah salah satu perkara paling sukar untuk ditangani. Selalunya gadis dirogol di rumah mereka sendiri dan oleh anggota keluarga” yang mungkin dilindungi sedangkan gadis terbabit tidak, kata Senator Carolina Goic, seorang calon presiden dari Parti Demokrat Kristian.

Bachelet, selepas berkhidmat pada penggal pertama sebagai presiden, menjadi ketua pertama Wanita PBB – Entiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Kesamarata­an Jantina dan Pemerkasaa­n Wanita.

Beliau berjanji untuk melihat pelonggara­n larangan dilaksanak­an sebelum dia berundur pada Mac 2018.

Kumpulan konservati­f selama ini amat berpengaru­h di Chile, tetapi pengaruh mereka semakin berkuranga­n sejak beberapa tahun yang lalu. Warga Chile menunggu sehingga 2004 untuk dapat bercerai, dan sehingga hanya dua tahun lalu untuk menjalinka­n kesatuan sivil bagi pasangan sejantina. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia