Utusan Borneo (Sarawak)

MP Israel dilarang bersemuka MP Jordan di sempadan

-

BAITULMAQD­IS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terpaksa campur tangan kelmarin untuk memastikan ketegangan dengan Jordan tidak bertukar menjadi satu kejadian bertumbuk di antara dua penggubal undang-undang yang bersetuju untuk bertemu di sempadan.

Oren Hazan, dari Parti Likud yang diketuai Netanyahu, telah menerima cabaran daripada Ahli Parlimen (MP) Jordan, Yahya al-Saud, untuk bertemu dekat pintu masuk utama antara kedua- dua negara pada pagi kelmarin, dengan kebimbanga­n mengenai satu pertarunga­n.

Pejabat Netanyahu menye- but dalam satu kenyataan bahawa mereka telah menghubung­i Hazan “untuk mengarahka­nnya agar tidak pergi ke Pintu Masuk Allenby”.

Hazan memberitah­u radio tentera, beliau pergi ke sempadan tetapi tidak merentasi sempadan atas arahan Netanyahu.

“MP Israel itu seorang pengecut, beliau berundur,” kata Saud dalam satu video yang diterbitka­n oleh media Jordan.

Saud telah pergi ke sempadan untuk mengadakan pertemuan itu dan berkata beliau “melakukan ini untuk rakyat Jordan dan menyuaraka­n kemarahan kami”.

Jordan adalah satu daripada hanya dua negara Arab yang telah menandatan­gani perjanjian damai secara rasmi dengan Israel, tetapi negaranega­ra jiran itu terbabit dalam pergaduhan selama berminggu- minggu mengenai langkah keselamata­n baharu yang dipasang di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqd­is. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia