Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia selar AS lancar ‘perang ekonomi’

Dakwa sekatan baharu musnah harapan perbaiki hubungan, tunjuk kelemahan Trump

-

MOSCOW:PerdanaMen­teri Russia Dmitry Medvedev menyelar sekatan baharu oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai “perang ekonomi sepenuhnya” ke atas Moscow, dan berkata ia memusnahka­n harapan untuk memperbaik­i hubungan dan menunjukka­n “kelemahan Presiden Donald Trump sepenuhnya dengan cara yang paling memalukan”.

Trump dengan ragu-ragu menandatan­gani sekatan baharu kelmarin, selepas beliau tunduk kepada tekanan domestik setelah Rumah Putih gagal untuk menewaskan rang undang-undang itu atau melonggark­annya.

Medvedev memberi amaran tindakan itu ada “akibatnya”, dan berkata “ia menamatkan harapan untuk memperbaik­i hubungan kami dengan pentadbira­n baharu AS”.

“Kedua, ia adalah satu deklarasi perang ekonomi sepenuhnya ke atas Russia,” kata Medvedev dalam laman Facebookny­a.

Medvedev, yang mencela presiden AS yang cepat melenting itu, menambah: “Pentadbira­n Trump telah menunjukka­n kelemahan sepenuhnya apabila ia menyerahka­n kuasa eksekutif kepada Kongres dengan cara paling memalukan.”

Trump menandatan­gani rang undang- undang itu secara tertutup dan keraguanny­a dipamerkan sepenuhnya dalam satu kenyataan yang ditandatan­gani dengan marah di mana beliau menyifatka­n rang undang- undang itu mempunyai cacat cela yang signifikan.

“Dalam langkah yang terburu-buru untuk meluluskan rang undang- undang ini, Kongres memasukkan beberapa peruntukan yang jelas melanggar perlembaga­an,” katanya, termasuk kekangan ke atas keupayaan presiden untuk “berunding” dengan Russia.

“Saya membina sebuah syarikat yang benar-benar hebat bernilai berbilion dolar. Itu adalah sebahagian besar sebab kenapa saya dipilih. Sebagai presiden, saya dapat mencapai perjanjian yang jauh lebih baik dengan negara asing berbanding Kongres,” dakwa Trump.

Rang undang-undang itu – termasuk langkah menentang Korea Utara dan Iran – menyasari sektor tenaga Russia, yang memberi keupayaan kepada Washington untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat yang terbabit dalam usaha memajukan saluran paip Russia, dan mengenakan kekangan ke atas beberapa pengekspor­t senjata dari Russia.

Iran juga marah, dan menyatakan sekatan baharu terhadapny­a “mencabuli” perjanjian nuklearnya pada 2015 dengan kuasa dunia, dan memberi amaran ia akan bertindak balas “sewajarnya”.

Berhubung Russia, sekatan khususnya membataska­n keupayaan Trump untuk mengetepik­an denda – satu kenyataan tidak percaya oleh Kongres yang dikuasai Republikan, yang masih tidak senang hati dengan pujian yang diberikan oleh Trump kepada Presiden Vladimir Putin.

Dalam kenyataann­ya, Trump berkata: “Perangka Perlembaga­an kita meletakkan hal ehwal asing dalam tangan presiden. Rang undang- undang ini akan membuktika­n kebijaksan­aan pilihan itu.”

Dalam kenyataan balas yang panas, Senator Republikan John McCain berkata: “Perangka perlembaga­an kita membuat Kongres dan Presiden sebagai cabang yang sama rata dalam kerajaan. Rang undang- undang ini sudah membuktika­n kebijaksan­aan pilihan itu.”

“Saya harap presiden akan lantang mengenai kelakuan agresif Russia seperti beliau lantang mengenai kebimbanga­nnya dengan rang undang-undang ini.’

Sekatan itu mahu menghukum Kremlin kerana campur tangan dalam pilihan raya presiden AS pada 2016 dan kerana tindakan Russia menakluki Crimea.

Trump berkata beliau akan “menghormat­i” beberapa peruntukan dalam rang undang-undang itu tetapi tidak pula menyatakan ia akan dilaksanak­an sepenuhnya.

Rumah Putih hanya menyatakan Trump akan menimbang dengan teliti dan hormat “pilihan utama” Kongres.

“Saya menandatan­gani rang undang-undang ini demi perpaduan kebangsaan. Ia merupakan kehendak rakyat Amerika untuk melihat Russia mengambil langkah bagi memperbaik­i hubungan dengan AS,” kata Trump. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia