Utusan Borneo (Sarawak)

Jururawat urus klinik ibu tumpang dipenjara

-

PHNOM PENH: Seorang jururawat dari Australia yang mengurus sebuah klinik ibu tumpang di Kemboja yang memadankan pasangan asing dengan wanita tempatan telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan semalam, manakala pihak berkuasa di negara yang mundur itu menangani perniagaan “sewa rahim”.

Tammy Davis- Charles, 49, ditahan reman sejak dia ditangkap pada November tahun lepas, beberapa minggu selepas Kemboja melarang penggunaan ibu tumpang bagi tujuan komersil.

Pihak berkuasa bertindak untuk menamatkan perniagaan itu, yang menurut pengkritik mengeksplo­itasi wanita miskin, ekoran larangan yang sama di Thailand menolak industri yang mencurigak­an itu ke seberang sempadanny­a.

Davis-Charles dituduh berpindah dari Thailand untuk mengambil kesempatan ke atas kepesatan perniagaan ibu tumpang di Kemboja, yang tidak ada peraturan ketika itu dan pantas menerima permintaan daripada pasangan asing, kebanyakan­nya dari Australia.

Polis berkata kliniknya mengenakan caj sebanyak AS$ 50,000 ( RM225,000) kepada bakal ibu bapa, manakala ibu tumpang di Kemboja masing- masing menerima AS$ 10,000 ( RM45,000) – jumlah yang besar di sebuah negara di mana pendapatan purata tahunan adalah sekitar AS$1,200 (RM5,400).

Davis- Charles, yang mengiklank­an khidmat ibu tumpang dalam talian, dituduh membawa masuk lebih 23 wanita Kemboja ke dalam perniagaan itu bagi 18 pasangan dari Australia dan lima pasangan dari Amerika Syarikat.

“Tammy Davis- Charles merupakan perantara di antara pasangan yang mahu menjadi ibu bapa dengan ibu tumpang di Kemboja,” kata Hakim Sor Lina ketika menyampaik­an keputusann­ya.

Anak jati Melbourne itu juga didapati bersalah memalsukan dokumen.

“Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara selama satu setengah tahun ke atas Tammy Davis- Charles,” tambah hakim itu.

Dua rakan sekerja dari Kemboja didapati bersalah atas tuduhan yang sama dan turut dipenjara selama 18 bulan.

Dalam hujah pembelaann­ya pada Julai lalu, DavisCharl­es menangis di hadapan mahkamah dan merayu belaskasih­an dari hakim, dengan menyatakan dia sudah “kehilangan segalanya” selama enam bulan dia berada dalam tahanan.

Sewaktu perbicaraa­n, dia menafikan merekrut ibu tumpang, dan berkata peranannya terbatas kepada menyediaka­n penjagaan perubatan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KE MAHKAMAH: Davis-Charles (dua kiri), bersama tahanan lain, diiringi polis ke mahkamah di Phnom Penh semalam.
— Gambar AFP KE MAHKAMAH: Davis-Charles (dua kiri), bersama tahanan lain, diiringi polis ke mahkamah di Phnom Penh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia