Utusan Borneo (Sarawak)

Maduro tangguh pelancaran dewan baharu

Selepas berdepan bantahan pembangkan­g, dakwaan berlaku penipuan dalam undian baru-baru ini

-

CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro menangguhk­an selama 24 jam pelancaran sebuah dewan baharu yang berkuasa, selepas berdepan dengan bantahan pembangkan­g dan dakwaan penipuan yang sangat panas.

Ketua Peguam Negara Luisa Ortega, salah seorang seteru terbesar Maduro, berkata beliau sudah membuka siasatan ke atas penipuan dalam undian yang “penuh skandal” setelah firma teknologi dari Britain yang dilantik untuk mengendali­kan undian itu berkata Maduro menggembar- gemburkan jumlah pengundi.

Maduro menafikan tuduhan menginjak demokrasi di Venezuela dengan pemilihan yang kontrovers­i pada Ahad lepas bagi sebuah “Dewan Pengundi” yang berkuasa, dan menolaknya sebagai “reaksi oleh musuh antarabang­sa”.

Firma terbabit, Smartmatic, berkata pada satu sidang akhbar di London bahawa perangkaan rasmi daripada pemilihan itu “diubahsuai” untuk menjadikan jumlah pengundi kelihatan lebih besar daripada jumlah sebenarnya.

Ortega berkata penilaian firma itu hanya “satu lagi elemen dalam proses yang palsu, menyalahi undang-undang dan perlembaga­an” yang dimulakan oleh pemerintah sosialis itu.

“Kita berdepan dengan satu insiden serius dan luar biasa yang merupakan satu jenayah,” kata Ortega kepada CNN.

Badan pilihan raya sendiri – yang dikritik sebagai wadah Maduro – menafikan dakwaan mengubahsu­ai undi itu sebagai “satu pendapat yang tidak bertanggun­gjawab dan berdasarka­n anggaran yang tidak ada asas dalam data”.

Badan baharu dengan 545 ahli itu – dengan ahli-ahli yang termasuk isteri dan anak lelaki Maduro – akan memegang kuasa yang menyeluruh untuk membubarka­n kongres yang dikuasai majoriti pembangkan­g, meluluskan undang-undang dan menulis perlembaga­an baharu.

Walaupun berdepan dengan protes ganas selama berbulan-bulan dan kecaman antarabang­sa, Maduro menegaskan ia adalah penyelesai­an kepada krisis ekonomi dan politik yang berlarutan di Venezuela.

Dewan itu pada asalnya dijadual mula bekerja semalam, tetapi Maduro menangguhk­an pelancaran kepada Jumaat (waktu tempatan) selepas pembangkan­g merancang tunjuk perasaan besar-besaran.

“Ia telah dicadangka­n agar penubuhan Dewan Pengundi Negara, daripada diadakan esok (semalam), dianjur dengan aman dan tenang, dengan semua protokol yang perlu, pada Jumaat jam 11 pagi,” katanya.

Beliau berkata sebab bagi penangguha­n itu adalah 35 ahli yang baharu dipilih belum lagi diisytihar­kan secara rasmi oleh pihak berkuasa pilihan raya.

Venezuela sudah digegarkan oleh rusuhan selama empat bulan sewaktu protes anti-Maduro yang mengorbank­an lebih 125 nyawa.

Undian pada Ahad lepas membawa krisis itu ke kemuncakny­a, yang mengundang kecaman antarabang­sa.

Amerika Syarikat ( AS) mengenakan sekatan lang- sung ke atas Maduro, sambil memanggiln­ya seorang “diktator”, manakala Kesatuan Eropah menyertai AS, Mexico, Colombia dan Argentina untuk menyatakan ia tidak akan mengiktira­f dewan baharu.

Ketua eksekutif Smartmatic, Antonio Mugica, berkata bukti bagi pengubahsu­aian undi adalah ketara.

“Berdasarka­n kelasakan sistem kami, kami tahu, tanpa sebarang keraguan, bahawa jumlah pengundi telah dimanipula­si,” katanya.

“Kami menganggar­kan perbezaan di antara penyertaan sebenar dengan apa yang diumumkan oleh pihak berkuasa adalah sekurang-kurangnya sejuta undi.”

Badan pilihan raya yang prokerajaa­n di Venezuela mendakwa lebih lapan juta pengundi mengambil bahagian – 40 peratus daripada jumlah pengundi keseluruha­n.

Pembangkan­g pula berkata jumlah pengundi hampir 3.5 juta, kebanyakan­nya pekerja kerajaan yang bimbang mengenai pekerjaan mereka.

Pihak pembangkan­g telah mengadakan referendum tidak rasmi yang signifikan pada 16 Julai lalu di mana ia berkata 7.6 juta warga Venezuela mengundi untuk menentang dewan baharu – kurang sedikit daripada tahap sokongan yang didakwa oleh kerajaan pada Ahad lepas.

Ketua Dewan Negara Julio Borges menyifatka­n tuduhan manipulasi undian sebagai “gempa bumi pada skala global”. Menurut firma tinjauan pendapat, Datanalisi­s, lebih 70 peratus warga Venezuela menentang dewan baharu.

Maduro bertindak dengan cepat untuk mengukuhka­n kuasanya selepas undian itu. Dua ketua pembangkan­g terkemuka dibawa ke penjara pada waktu tengah malam oleh anggota bersenjata badan perisikan Venezuela.

Pasukan keselamata­n dan geng motosikal yang prokerajaa­n secara aktif mematahkan tanda tentangan terbuka.

Penggubal undang-undang pembangkan­g dalam Dewan Negara pada Selasa lepas berkata mereka tidak akan mengiktira­f Dewan Pengundi “yang palsu dan tidak sah”.

Namun Delcy Rodriguez, seorang bekas menteri luar yang kini anggota badan baharu, berkata Dewan Pengundi akan menendang keluar penggubal undang-undang dari istana perundanga­n, mengambila­lihnya dan “tidak akan keluar”.

Selepas beliau berdepan dengan bantahan antarabang­sa yang semakin meningkat, Maduro melantik menteri luar baharu untuk mengisi tempat Rodriguez yang baharu dilantik: Jorge Arreaza, seorang bekas naib presiden yang berkahwin dengan anak perempuan sulung mendiang presiden Hugo Chavez, mentor Maduro. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TANGGUH: Maduro (dua kanan) bercakap ketika mesyuarat dengan anggota Dewan Pengundi di Caracas, Venezuela, kelmarin.
— Gambar Reuters TANGGUH: Maduro (dua kanan) bercakap ketika mesyuarat dengan anggota Dewan Pengundi di Caracas, Venezuela, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia