Utusan Borneo (Sarawak)

LEBIH 10 BUAYA BERJAYA DITANGKAP DI SUNGAI SERAIT

-

KUCHING: Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) terus melakukan operasi penangkapa­n buaya di kawasan perairan Bako, dekat sini.

Seorang pemburu buaya dari pasukan itu, Wan Mazlan Wan Mazian berkata setakat semalam, lebih 10 buaya berjaya ditangkap di Sungai Serait, Bako, sahaja.

“Saya sudah berjaya menangkap lebih 10 buaya setakat ini di sungai (Bako) ini sahaja, termasuk seekor yang berjaya ditangkap pagi tadi (semalam).

“Kami (SFC) percaya masih banyak populasi reptilia itu ada di perairan ini dan saya hanya ingin mengingatk­an orang awam, khususnya penduduk kampung atau pelancong yang menggunaka­n laluan sungai ini sama ada mahu ke kawasan perkampung­an atau ke Taman Negara Bako, agar lebih berhati-hati,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas berjaya menangkap seorang buaya betina dewasa berukuran kirakira 4.5 meter panjang di sungai tersebut, pagi semalam.

Mazlan berkata, kebiasaann­ya, pihaknya bertindak mengikut aduan dan laporan orang awam sekiranya terlihat reptilia itu timbul di permukaan sungai.

Mengulas lanjut mengenai tangkapan buaya semalam, katanya, beliau menerima laporan daripada orang awam yang melihat buaya timbul di permukaan sungai itu beberapa hari lalu.

“Buaya itu juga dikatakan sering ‘berehat’ di sungai itu dan menimbulka­n ketakutan serta kerisauan dalam kalangan penduduk kampung, lebih-lebih lagi perairan ini digunakan sebagai laluan utama untuk pergi ke Taman Negara Bako.

“Justeru, pagi tadi (semalam) saya terus memasang umpan dan akhirnya ia terjerat pada umpan yang dipasang. Kemudian saya mengikat buaya itu di bawah bot bagi memudahkan saya menghantar­nya kelak ke Pusat Hidupan Liar Matang,” jelasnya.

Dalam tangkapan itu, Mazlan turut dibantu Renjer SFC Muhammad Izzat Nurulhaq Asma Khan.

 ??  ?? DIBANTU: Mazlan (kanan) dibantu oleh Mohd Izzat dalam usaha menjerat buaya tersebut, semalam.
DIBANTU: Mazlan (kanan) dibantu oleh Mohd Izzat dalam usaha menjerat buaya tersebut, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia