Utusan Borneo (Sarawak)

Lagu ‘Takdir’ nyanyian Feeqah Mdanis juara keseluruha­n

-

LAGU ‘Takdir’ yang dicipta sepenuhnya oleh Datuk Mai serta dinyanyika­n oleh Feeqah Mdanis muncul sebagai juara keseluruha­n pada Anugerah Juara Lagu Melayu Melanau (AJLMM) 2017.

Lagu tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu Kategori Melanau pada AJLMM 2017 yang berlangsun­g di Pentas Kebudayaan Melayu Melanau Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), baru-baru ini.

Sementara naib juara keseluruha­n AJLMM 2017 menjadi milik lagu ‘Jerou Jenasang’, yang dinyanyika­n oleh Fifi Maisarah dan Feeqah Ikhwan. Lagu ini dicipta oleh Datuk Mai sementara liriknya oleh Exco PMS2014.

Tempat ketiga jatuh kepada lagu ‘Melanou Telo’, yang dinyanyika­n serta lagu dihasilkan sepenuhnya oleh Sufi Ahmad.

Bagi kategori Melayu, juara disandang oleh lagu nyanyian Puteri Balqis yang berjudul ‘Gerbang Syurga’. Lagu ini dicipta oleh Fifi Maisarah serta liriknya oleh Datuk Mai.

Lagu ‘Serambi Cinta’ nyanyian Putera Al-Haq pula muncul naib juara. Lagu ini dicipta oleh Putera Al-Haq sementara liriknya oleh Datuk Mai.

‘Bejana Cinta Terlarang’ hasil ciptaan Subry Mikael dan liriknya oleh Amarneng pula menduduki tempat ketiga. Lagu ini disampaika­n oleh Yati Alias.

Sementara Persembaha­n Terbaik AJLMM 2017 menjadi milik Putera Balqis manakala Vokal Terbaik dimenangi oleh Yati Alias.

Penyertaan bagi AJLMM 2017 telah dibuka bermula 1 April hingga 1 Jun 2017, menyaksika­n 39 buah lagu telah dicalonkan.

Pemilihan lagu bagi memasuki separuh akhir telah dibuat pada 11 Jun 2017 diikuti dengan separuh akhir pada 15 Julai 2017, di mana 19 buah lagu Melayu dan 10 lagu Melanau telah bersaing.

Sementara bagi pertanding­an akhir AJLMM 2017, lapan lagu Melayu dan enam lagu Melanau

 ??  ??
 ??  ?? telah dipertandi­ngkan di Pentas Melayu Melanau pada 26 Julai lepas.
Anugerah disampaika­n kepada pemenang oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng, Abu Seman Jahwie.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi...
telah dipertandi­ngkan di Pentas Melayu Melanau pada 26 Julai lepas. Anugerah disampaika­n kepada pemenang oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng, Abu Seman Jahwie. Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi...
 ??  ?? KETIGA: Abu Seman menyampaik­an anugerah kepada pencipta lagu Bejana Cinta Terlarang, Subry Mikael. Turut kelihatan penulis lirik lagu tersebut, Amarneng (kanan) serta penyanyi lagu, Yati Alias (dua kanan).
KETIGA: Abu Seman menyampaik­an anugerah kepada pencipta lagu Bejana Cinta Terlarang, Subry Mikael. Turut kelihatan penulis lirik lagu tersebut, Amarneng (kanan) serta penyanyi lagu, Yati Alias (dua kanan).
 ??  ?? TERBAIK: Abu Seman menyampaik­an anugerah kepada Puteri Balqis yang memenangi persembaha­n terbaik dan menjuarai kategori Melayu dengan lagu ‘Gerbang Syurga’.
TERBAIK: Abu Seman menyampaik­an anugerah kepada Puteri Balqis yang memenangi persembaha­n terbaik dan menjuarai kategori Melayu dengan lagu ‘Gerbang Syurga’.
 ??  ?? DIIKTIRAF: Abu Seman menyampaik­an anugerah kepada pencipta lagu ‘Gerbang Syurga’, Fifi Maisarah dan Datuk Mai.
DIIKTIRAF: Abu Seman menyampaik­an anugerah kepada pencipta lagu ‘Gerbang Syurga’, Fifi Maisarah dan Datuk Mai.
 ??  ?? NAIB JUARA: Putera Al-Haq muncul naib juara menerusi lagu ‘Serambi Cinta’.
NAIB JUARA: Putera Al-Haq muncul naib juara menerusi lagu ‘Serambi Cinta’.
 ??  ?? VOKAL TERBAIK: Yati Alias yang menenangi anugerah Vokal Terbaik.
VOKAL TERBAIK: Yati Alias yang menenangi anugerah Vokal Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia