Utusan Borneo (Sarawak)

Menara tertinggi Dubai terbakar

Kebakaran kedua sejak 2015, tiada kemalangan jiwa dilapor

-

DUBAI: Penghuni yang panik meninggalk­an salah sebuah menara tertinggi di Dubai pada awal semalam selepas satu kebakaran berlaku di situ, kebakaran kedua yang melanda bangunan pencakar langit sejak beberapa tahun ini.

Pihak berkuasa menyatakan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan akibat kebakaran itu yang berlaku di tingkat tengah hingga tingkat atas di The Torch, pernah merupakan bangunan kediaman paling tinggi di dunia.

Menara itu adalah tempat kejadian bagi kebakaran pada 2015 yang menyebabka­n kerosakan luas terhadap flet mewahnya serta menyebabka­n pengosonga­n beberapa blok berhampira­n di kawasan kejiranan Marina.

Semalam pihak berkuasa Dubai menyatakan kebakaran itu telah dipadamkan. Tiada petunjuk segera bagi apa yang menyebabka­n kebakaran pada bangunan setinggi 1,105 kaki itu.

Kebakaran bermula di tingkat 63, menurut ketua komander polis Dubai Mejar Jeneral Abdullah Khalifa Al Marri.

“Kami menerima laporan mengenai satu kebakaran. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana tiada kematian berlaku, itu adalah kerana usaha yang dilakukan oleh semua pasukan di situ... penghuni telah dikeluarka­n dari bangunan ini ke sebuah lagi dan tiada kecederaan berlaku.”

Beberapa gambar yang disiarkan oleh Pertahanan Awam Dubai menunjukka­n The Torch selepas api itu berjaya dikawal: lampu masih lagi terpasang di beberapa tingkat bawah, namun bahagian tengah hingga atas kelihatan sebagai benar-benar hangus.

Pada Januari lepas, Dubai telah mengumumka­n peraturan yang lebih tegas bagi meminimumk­an risiko kebakaran selepas satu siri kebakaran menara di emiriah moden kebanyakan­nya akibat bahan mudah terbakar yang digunakan bagi bahagian pelindung, satu pelindung atau lapisan yang digunakan pada tepi bangunan.

Pada November 2015, kebakaran memusnahka­n tiga blok kediaman di tengah Dubai dan menyebabka­n perkhidmat­an metro ditangguhk­an, walaupun tiada sesiapa yang tercedera.

Pada ambang tahun baharu tahun tersebut satu kebakaran berlaku di sebuah hotel mewah, mencederak­an 16 orang beberapa jam sebelum pertunjuka­n bunga api diadakan berhampira­nnya. —

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAKAR: Api marak dilihat menjulang di bahagian bangunan kediaman di menara The Torch di daerah Marina, Dubai, Emiriah Arab Bersatu semalam.
— Gambar Reuters TERBAKAR: Api marak dilihat menjulang di bahagian bangunan kediaman di menara The Torch di daerah Marina, Dubai, Emiriah Arab Bersatu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia