Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK BAKAL JADI TUMPUAN •

Lebih 500 pemain boling berentap pada saingan terbuka antarabang­sa 6-9 Sept depan

- Oleh Harry Ilias Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

KUCHING: Sarawak akan menjadi tumpuan lebih 500 pemain boling ternama yang akan mengambil bahagian pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2017 bakal berlangsun­g dari 6 hingga 9 September depan di Pusat Boling Megalane, E-Mart Batu Kawa di sini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peserta-peserta terlibat mewakili 13 buah negara iaitu Malaysia, Australia, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Filipina, Indonesia, China, Thailand dan Singapura.

Menurutnya, penganjur turut menjemput pasukan kebangsaan Malaysia yang bertanding pada Sukan SEA 2017 termasuk ratu boling negara, Shalin Zulkifli bersaing pada kejohanan itu.

“Kita melihat penganjura­n kejohanan ini sesuatu yang amat baik kerana akan membawa manfaat dalam mempromosi pelanconga­n sukan negeri selain menjadikan Sarawak kuasa sukan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Karim berkata, kejohanan itu juga akan men- jadi pendedahan kepada 120 atlet dari Sarawak bagi meningkatk­an mutu permainan mereka sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

“Untuk makluman, Sarawak akan menyenarai­kan empat pemain lelaki dan empat wanita bertanding pada SUKMA lalu, justeru saya percaya mereka mampu mencipta kejutan pada kejohanan ini,” katanya.

Kejohanan kali terakhir diadakan pada 1998 itu anjuran Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan kerajaan negeri.

Ia menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM100,000 termasuk kereta dan pelbagai barangan lain.

Dalam perkembang­an sama, Abdul Karim memberitah­u ABAS turut menganjurk­an program latihan dan pertukaran bersama pasukan boling remaja kebangsaan Jepun pada 1 hingga 5 September depan.

“Kita akan usahakan untuk menganjur lebih banyak hubungan dua hala seperti ini bukan sahaja dalam sukan badminton dan boling malah melibatkan sukan-sukan lain.

“Jika usaha ini dapat diteruskan kita dapat menghantar atlet- atlet kita berlatih ke negara luar dan memberi semangat kepada mereka dan mungkin boleh mening- katkan mutu atlet dan sukan di Sarawak,” jelasnya.

Beliau turut memuji usaha gigih ABAS membangunk­an sukan boling melalui penganjura­n pelbagai program pembanguna­n dan latihan.

Menurutnya, program latihan jurulatih melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah kini dijalankan oleh ABAS dan mendapat sambutan begitu menggalakk­an malah persatuan terpaksa menghadkan penyertaan.

“Ini memperliha­t minat mendalam masyarakat di sini terhadap sukan boling dan petanda baik untuk masa depan sukan itu di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee dan Naib Presiden ABAS, Robert Lu.

Kita melihat penganjura­n kejohanan ini sesuatu yang amat baik kerana akan membawa manfaat dalam mempromosi pelanconga­n sukan negeri selain menjadikan Sarawak kuasa sukan.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: (Dari dua kanan) Dr Ong, Abdul Karim, Snowdan dan Robert menunjukka­n isyarat bagus di Kuching semalam.
TERBAIK: (Dari dua kanan) Dr Ong, Abdul Karim, Snowdan dan Robert menunjukka­n isyarat bagus di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia