Utusan Borneo (Sarawak)

Dua unit kedai berisiko runtuh

-

BINTULU: Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu menyerahka­n memorandum berkaitan beberapa masalah perlu ditangani Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di bandar Bintulu.

Sebanyak tiga permohonan dikemukaka­n melalui memorandum tersebut telah diserah Presiden FORCA Bintulu, Hii Toh Him kepada Pengurus Besar BDA, Rodziah Morshidi di Ibu Pejabat BDA, Wisma Bintulu kelmarin.

Permohonan pertama adalah meminta agar BDA membesarka­n laluan jalan raya ke Kidurong kepada tiga laluan.

Hii berkata, laluan sedia ada hanya dua hala ke Kidurong telah dibina sejak 30 tahun lepas merupakan jalan utama menghubung­kan kawasan industri ringan dan berat, Taman Perindustr­ian Samalaju juga pelabuhan laut dalam di Bintulu.

Katanya,berikutanp­erkembanga­n pesat ekonomi di Bintulu, jalan tersebut tidak dapat menampung lalu lintas sibuk dan berlakunya kesesakan jalan raya di laluan itu.

Beliau juga memohon BDA membina bumbung bagi stesen teksi di Lapangan Terbang Bintulu dan Terminal Bas Bintulu.

“Di hadapan kawasan itu banyak ruang untuk parkir teksi menunggu pelanggan tetapi orang awam kekurangan tempat untuk menurunkan bagasi dan barangan mereka,” katanya.

Katanya, sekiranya kawasan tersebut ada menyediaka­n ruang cukup untuk pelanggan menunggu maka dua atau tiga tempat parkir bagi teksi wajar dikekal serta memadai dan pemandu teksi lain boleh menunggu giliran masing- masing di tempat menunggu pelanggan sebelum giliran mereka mengambil penumpang.

Manakala permohonan ketiga katanya, meminta BDA memansuhka­n caj masuk ke tempat pembuangan sampah di Tapak Pelupusan Sampah di Kidurong.

“Disebabkan perkhidmat­an BDA tidak merangkumi kerja- kerja pembuangan sampah bersaiz besar seperti ranting pokok besar, perabot lama dan sebagainya maka orang awam terpaksa mengangkut sendiri bahan buangan itu ke tapak pelupusan tetapi dikenakan caj RM50 terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki kawasan itu untuk membuang sampah bersaiz besar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MEMORANDUM: Hii (tengah) menyampaik­an memorandum kepada Rodziah.
MEMORANDUM: Hii (tengah) menyampaik­an memorandum kepada Rodziah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia