Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kasih sayang sepenuhnya kepada anak istimewa: Juma’ani

-

MIRI: Ibu bapa mempunyai anak istimewa diingat untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya dan ikhlas dalam menjaga anak- anak tersebut.

Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri- Isteri (SABATI) Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang berkata, anak istimewa itu tidak harus dipersia dan memerlukan perhatian ibu bapa serta ahli keluarga lain.

“Jangan disia-sia kerana mereka juga anugerah kepada kita. Jaga dan didik mereka sebaiknya dan beri perhatian sepenuhnya.

“Jika kita ikhlas dan jujur menjaga anak-anak ini, insya-Allah kita akan diberkati dengan kehadiran anak-anak istimewa ini,” katanya dalam lawatan ke pemulihan dalam Komuniti (PDK) Morsjaya Miri, bertempat di Taman Bumiko petang semalam.

Juma’ani juga isteri kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg turut mahu ibu bapa terbabit menggalak anak istimewa mereka bagi menyertai pelbagai aktiviti sosial termasuk sukan.

“Galak mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti yang boleh mereka sertai termasuk bersukan dalam membantu meningkatk­an perkembang­an mereka.

“Bagi anak boleh bekerja, berikan galakan dan sokongan kepada mereka agar mereka boleh belajar untuk berdikari,” katanya.

Jelasnya, sebagai contoh di PDK sendiri, mereka bukan sahaja diberi perhatian dari segi penjagaan atau didikan, malah mereka juga diberikan latihan yang membolehka­n mereka untuk mempelajar­i sesuatu agar mampu membantu mereka pada masa akan datang.

Pada majlis berkenaan, Juma’ani turut menyampaik­an sumbangan kepada 74 pelatih PDK Morsjaya Miri daripada SABATI.

Selain itu, Juma’ani serta ahli-ahli SABATI juga mengadakan lawatan ke kelas pemulihan terdapat di PDK Morsjaya terbabit.

Hadir sama ialah Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Pengerusi PDK Morsjaya Miri Alah Imang serta tetamu kehormat yang lain.

SABATI merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) yang terdiri daripada isteri- isteri kepada menteri, menteri muda, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) dan pegawai tinggi kerajaan negeri Sarawak yang sentiasa mengambil berat terhadap keperluan orang kurang upaya ( OKU).

Ia turut berperanan untuk meningkatk­an keperluan pelatih dari masa ke masa, meningkatk­an kesedaran orang ramai, kerajaan dan swasta bagi terus membantu golongan terbabit dari pelbagai sudut.

Selain PDK Morsjaya Miri, rombongan SABATI berkenaan turut mengadakan lawatan yang sama ke PDK Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS) Lutong pada petang terbabit.

 ??  ?? TERIMALAH: Juma’ani menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelatih PDK Morsjaya sambil dibantu oleh Rosey (dua kanan) dan disaksikan oleh Alah Imang (berdiri belakang kanan) serta ahli SABATI yang lain, petang semalam.
TERIMALAH: Juma’ani menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelatih PDK Morsjaya sambil dibantu oleh Rosey (dua kanan) dan disaksikan oleh Alah Imang (berdiri belakang kanan) serta ahli SABATI yang lain, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia