Utusan Borneo (Sarawak)

Astro perkenal ‘NJOI now’ penuhi trend penggunaan peranti pintar

-

KUCHING: Stesen televisyen berbayar Astro memperkena­lkan paparan aplikasi terbaharu ‘NJOI now’ bagi memenuhi cita rasa dan trend semasa pengguna melalui peranti mudah alih.

‘NJOI now’ melalui fasa pertamanya menyediaka­n akses percuma kepada 32 juta rakyat Malaysia bagi menikmati hiburan yang menjadi permintaan ramai.

Ketua Pegawai Operasi NJOI, Azlin Arshad semalam berkata, pakej ‘NJOI now’ termasuk ‘box set’, siaran langsung sukan dan berita terkini melalui 18 saluran percuma.

“Kini aplikasi ‘NJOI now’ dimuat turun lebih 130,000 kali dan menawarkan drama TV serta program utama saluran Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil,” katanya.

Tambah Azlin, selain itu rakyat Malaysia berpeluang menikmati siaran langsung sukan di Astro Arena termasuk liputan Sukan SEA 2017 dengan kandungan premium melalui pilihan prabayar akses segera kepada saluran serta beberapa rangkaian tambahan.

Ia termasuk Astro Warna, Astro Ria, Astro Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, tayangan terkini di Astro First dan Astro Best serta pelbagai pilihan pada saluran On Demand.

Menurut Azlin, selaku penyiar rasmi sukan SEA ke29 (KL2017), Astro juga akan menyediaka­n empat saluran tambahan eksklusif secara percuma pada aplikasi dalam talian Astro Go dan ‘NJOI now’.

Justeru, sepanjang KL2017 jelasnya, Astro menambah lapan saluran ditonton secara langsung melalui peranti mudah alih memandangk­an Malaysia merupakan tuan rumah kepada sukan tersebut.

“Peminat sukan juga boleh mendapatka­n informasi terkini mengenai pencapaian atlit kesukaan mereka pada bila-bila masa.

“Liputan pertanding­an bermula pada 14 Ogos di Astro Arena manakala majlis perasmian rasmi dan acara langung lain bermula pada 19 sehingga 30 Ogos ini,” katanya.

Jelasnya, selain itu, portal lain seperti Astro Gempak, RojakDaily, Astro Ulagam (Tamil) dan Xuan (Cina) turut menawarkan perkembang­an dan cerita menarik sepanjang KL2017.

Kata Azlin, ‘NJOI now’ juga ditawarkan pilihan prabayar bulanan menggunaka­n nama pas ‘Huan Le’ untuk mengakses kepada kandungan hiburan Cina terbaik.

Jelasnya, ia turut dilengkapi enjin cadangan pintar yang akan memberi cadangan tentang kandungan relevan buat pengguna individu.

“Ciri muat turun kandungan ‘NJOI now’ membolehka­n pengguna memuat turun kandungan terpilih untuk ditonton tanpa penggunaan talian internet mahupun penggunaan data tambahan,” ujarnya lagi.

Turut hadir sama semalam adalah Pengurus Astro Wilayah Timur Malaysia Alison Lau dan Ketua Bahagian Komunikasi Astro, Tammy Toh.

 ??  ?? MENARIK: Alison (kiri) bersama Azlin bergambar selepas memperkena­lkan aplikasi ‘NJOI now’ untuk lensa media tempatan di Kuching, semalam.
MENARIK: Alison (kiri) bersama Azlin bergambar selepas memperkena­lkan aplikasi ‘NJOI now’ untuk lensa media tempatan di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia