Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri diberkas polis bersama 47 peket syabu

-

MIRI: Sepasang suami isteri diberkas dan sejumlah dadah dirampas hasil serbuan polis ke sebuah rumah terletak di kawasan Taman Delight di sini malam kelmarin.

Berikutan tangkapan itu, kedua-dua suspek yang berusia 48 dan 36 tahun kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan dan rampasan berhubung kes itu.

Terdahulu katanya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis dari BSJND Miri diketuai Inspektor Omar Kamal telah membuat serbuan ke sebuah rumah di Jalan Sze Chuan Off Jalan Airport, Taman Delight di sini.

Dalam serbuan jam 10 malam, 3 Ogos lalu, polis telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita merupakan pasangan suami isteri di sebuah bilik di rumah untuk tujuan pemeriksaa­n kerana dipercayai terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

“Hasil pemeriksaa­n, polis telah menjumpai dan merampas 47 peket plastik lutsinar berjalur dan satu tiub keratan straw dengan setiap satu masing-masing berisi ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis syabu dengan berat kasar 22.18 gram.

“Turut dirampas satu alat penimbang digital dan satu anak kunci bilik berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu kata Lim, suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan lanjut.

Manakala hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua suspek menunjukka­n hanya suspek lelaki positif dadah jenis Methamphet­amine.

Menurut beliau, hasil siasatan awal polis mendapati suspek pertama (lelaki) turut mempunyai dua rekod kesalahan lampau masing-masing satu di bawah Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Justeru menurut Lim, kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) ADB 1952 kerana disyaki mengedar dadah dan suspek pertama turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana menggunaka­n dadah tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Lelaki didakwa guna dadah didenda atau penjara empat bulan

MIRI: Seorang lelaki didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Tiong Hung Kiong, 45, dari Pujut 1 di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendak­i sertamerta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n kes pertuduhan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Pindaan 20002), dengan memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 11.10 pagi, 7 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia