Utusan Borneo (Sarawak)

Nenek, dua cucu selamat dalam kebakaran

Rumah satu tingkat hangus 70 peratus dalam kejadian di Kampung Opar, Bau semalam

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang nenek bersama dua cucunya berjaya menyelamat­kan diri selepas rumah mereka di Kampung Opar, Bau tiba-tiba terbakar pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.51 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 10.02 pagi.

Menurutnya, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis satu tingkat yang telah terbakar 70 peratus.

“Api tidak merebak kerana berjaya dikawal oleh penduduk kampung yang turut membantu memadamkan kebakaran menggunaka­n saluran gegelung getah dan sumber air dari paip rumah berdekatan.

“Semasa kejadian, hanya seorang nenek bersama dua cucunya sahaja berada di dalam rumah dan sempat menyelamat­kan diri sebelum api menjadi marak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Semasa kejadian, hanya seorang nenek bersama dua cucunya sahaja berada di dalam rumah dan sempat menyelamat­kan diri sebelum api menjadi marak. Jurucakap JBPM Sarawak

Difahamkan, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.15 pagi dan operasi tamat pada jam 10.41 pagi.

“Bomba bertindak membuat pemadaman dengan membentang­kan satu aliran hos 200 kaki, dua nozel dan dua unit hos saluran bantu mula di mana sumber air diperolehi daripada tangki jantera bomba,” katanya.

Punca kebakaran dan ang- garan kerugian masih dalam siasatan.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau diketuai Pegawai Kanan Penguat Kuasa Bomba Ebby Herwandy Sarbini dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman api.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

 ??  ?? PADAM API: Kelihatan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran tersebut.
PADAM API: Kelihatan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia