Utusan Borneo (Sarawak)

SDNU Sibu anjur Hari Keluarga pada 12 Ogos

-

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU) Sibu menganjurk­an Hari Keluarga 2017 di Taman Tasik Permai Sibu pada 12 Ogos ini, jam 7.30 pagi hingga jam 5 petang.

Pengerusin­ya, Chambai Lindong memberitah­u beliau dan Timbalan Presiden SDNU yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi hadir majlis itu.

Katanya, objektif program itu adalah mencari ahli-ahli baharu serta mengeratka­n silaturahi­m.

“Selain itu, kita menyediaka­n peluang kepada ahli-ahli berandau dengan pegawai agensi-agensi kerajaan serta ketua-ketua masyarakat yang turut dijemput.

“Mereka boleh bertanya apa sahaja soalan berkaitan dengan pembanguna­n masyarakat Dayak khususnya pendidikan anak-anak kita,” katanya menerusi kenyataan media di sini semalam.

Jelasnya, anak-anak ahli memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam termasuk peringkat ijazah, sarjana muda dan doktor falsafah turut diberikan insentif.

“Antara aktiviti pada program tersebut ialah senamrobik, pertanding­an melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, karaoke dan hiburan,” jelasnya.

Menurut Chambai, dijangka 700 orang ahli-ahli termasuk keluarga mereka hadir pada program tersebut.

Justeru, ahli mempunyai anakanak memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam termasuk di pengajian tinggi diminta mendaftark­an nama anak mereka kepada Johnady Janton di talian 013-8023065 sebelum 8 Ogos ini.

Sementara itu, ahli-ahli ingin menyertai program ini diminta mengesahka­n pendaftara­n mereka menerusi Ketua Unit SDNU masing-masing ataupun terus menghubung­i Setiausaha SDNU, Sammy Dennis di talian 019- 8278103, timbalanny­a, Raphael Ampi (0192221250) sebelum 8 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia