Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajari kemahiran ICT untuk terokai pasaran luar

Usahanita ibu tunggal harus perluas jaringan perniagaan, promosi produk secara atas talian: Fatimah

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Golongan ibu tunggal di negeri ini yang menceburi bidang keusahawan­an disaran melengkapk­an diri dengan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, melalui kemahiran berkenaan, ia bakal membantu usahawan ibu tunggal memperluas pemasaran produk.

“Mengambil contoh usahawan kampung atau luar bandar, jika anda tidak memiliki kemahiran asas dalam bidang ICT, sudah pasti produk anda hanya dapat dipasarkan secara setempat sahaja.

“Tetapi sebaliknya, anda boleh memperluas­kan jaringan perniagaan dengan mempromosi­kan produk menerusi perniagaan dalam talian seter-

Tetapi sebaliknya, anda boleh memperluas­kan jaringan perniagaan dengan mempromosi­kan produk menerusi perniagaan dalam talian seterusnya memasuki pasaran lebih besar sehingga ke peringkat antarabang­sa. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

usnya memasuki pasaran lebih besar sehingga ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Sijil Kursus Kemahiran Asas ICT untuk Golongan Ibu Tunggal yang berlangsun­g di Wisma Wanita, Jalan Sultan Tengah, di sini semalam.

Jelasnya, ia juga akhirnya akan dapat menambah pendapatan lebih besar kepada usahawan.

Fatimah menjelaska­n, kemahiran itu juga akan menjadi perlindung­an kepada golongan usahawan ibu tunggal agar tidak mudah tertipu sebab segala penipuan wujud dalam jaringan jalur lebar.

Sehubungan itu, selari penekanan dasar ekonomi digital hari ini, jelasnya, kementeria­n telah merangka program bertujuan memasarkan produk usahawan tem- patan di negeri ini menerusi pendekatan digital.

“Program ini dinama Program Digital Kenyalang di mana semua usahawan akan diberi bimbingan secara pendidikan untuk memasarkan produk melalui digital atau se- cara dalam talian (on-line).

“Tahun ini, kementeria­n menyasarka­n lima kawasan termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Limbang dan jangkaan peningkata­n pendapatan yang akan diperolehi selepas mema- sarkan produk secara digital adalah RM4.5 juta merangkumi seramai 3,000 peserta telah dipilih,” ujarnya.

Kursus itu telah disertai seramai 30 peserta diadakan bermula 31 Julai lalu dan berakhir semalam anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) dan Kelab Carnation Bahagian Kuching/Samarahan. Turut hadir ialah Pengarah JWKS Noriah Ahmad.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah dan Noriah merakam gambar kenangan bersama jawatankua­sa dan peserta Kursus Kemahiran Asas ICT untuk Golongan Ibu Tunggal.
UNTUK ALBUM: Fatimah dan Noriah merakam gambar kenangan bersama jawatankua­sa dan peserta Kursus Kemahiran Asas ICT untuk Golongan Ibu Tunggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia