Utusan Borneo (Sarawak)

Dua unit kedai condong dan berisiko runtuh: DBKU

-

KUCHING: Dua unit daripada satu deretan bangunan kedai yang terletak di Jalan Golden Jade Satok condong dan berisiko untuk runtuh.

Sehubungan itu, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai mengingatk­an agar orang awam tinggal di kawasan berhampira­n bangunan berkenaan termasuk pengguna jalan raya berhatihat­i ketika melalui kawasan tersebut.

“Pada hari ini lawatan kita bersama jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) ke sini bagi melihat sendiri keadaan sebenar bangunan. Apa kita perhati ia semakin condong ke kanan dan berisiko untuk runtuh.

“Malah, disebab faktor keselamata­n orang awam, kita telah memasang pagar keselamata­n bagi menghadang pengguna meletak kenderaan mereka di sekitar kawasan bangunan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan bangunan itu di Jalan Golden Jade, Satok di sini semalam.

Abang Wahap menjelaska­n bangunan yang berusia lebih 20 tahun ini condong mungkin disebabkan beberapa faktor binaan selain faktor pergerakan tanah di bawah tapak bangunan tersebut.

“Jadi kita tidak mahu menyalahka­n sesiapa, apa penting sekarang kita akan adakan pertemuan bersama dua pemilik unit kedai ini agar mereka dapat mempercepa­t proses meroboh bangunan ini.

“Mereka (pemilik) mempunyai dua pilihan sahaja iaitu meroboh sendiri atau kami melakukann­ya sendiri dengan kos dibayar pemilik,” tegasnya.

Pada masa sama beliau mendedahka­n sebelum ini pihaknya telah mengadakan dua perjumpaan bersama pemilik dua unit kedai bangunan yang terjejas itu.

Selain itu, beliau menggesa pemilik kenderaan berat tidak melalui jalan berkenaan bagi mengurangk­an risiko bangunan tersebut runtuh lebih cepat.

Hadir sama pada lawatan itu semalam, Ahli Majlis DBKU Datu Wee Hong Seng, kakitangan DBKU dan JKR Sarawak lain.

 ??  ?? PERLU ROBOH SEGERA: Abang Wahap ditemani Wee menunjukka­n keadaan bangunan kedai di Jalan Golden Jade, Satok yang sudah condong dan berisiko runtuh.
PERLU ROBOH SEGERA: Abang Wahap ditemani Wee menunjukka­n keadaan bangunan kedai di Jalan Golden Jade, Satok yang sudah condong dan berisiko runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia