Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sedang kenal pasti 58 kawasan tadahan air dicadang untuk diwarta

-

SIBU: Kerajaan sedang mengenal pasti 58 kawasan tadahan air yang dicadang untuk diwartakan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi berkata, berdasarka­n perancanga­n jangka pendek ( menjelang tahun 2020), kesemua 58 kawasan tadahan air yang dicadang akan selesai diwartakan menjelang akhir tahun 2018.

“Setakat ini, terdapat 29 kawasan tadahan air yang telah diwartakan di negeri ini dengan jumlah keluasan sekitar 4,079,535 hektar.

“Di samping itu, perolehan kawasan tadahan air akan disusun dengan Ordinan Air 1994 dan Laporan Ketua Audit Negara (AG) 2016,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan kepada gesaan terhadap kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan tadahan air seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (AG) 2016 untuk menghalang aktiviti terlarang yang boleh menjejaska­n kualiti air.

Dr Rundi turut menegaskan bahawa perancanga­n jangka sederhana (2021-2025) dan perancanga­n jangka panjang (selepas 2025), kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air baharu yang dicadang untuk diwartakan.

Menyentuh mengenai laporan yang menyebut bahawa kapasiti Loji Rawatan Air Batu Kitang tidak akan dapat memenuhi permintaan air bersih untuk Kuching dan Bahagian Samarahan pada tahun 2020, Dr Rundi menyifatka­nnya sebagai tidak betul.

Ini kerana Lembaga Air Kuching (LAK) telah menaik taraf kapasiti loji 3 sehingga mampu menampung 400 juta liter sehari berbanding 200 juta liter sebelum ini.

Menurut Dr Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, kerja- kerja menaik taraf tersebut hampir selesai.

Katanya, walaupun mempunyai kapasiti bekalan air mencukupi sehingga tahun 2020, LAK turut melantik seorang perunding untuk mengkaji rancangan induk bekalan air bagi meningkatk­an kapasiti pengeluara­n air selaras dengan peningkata­n permintaan pada masa hadapan.

 ??  ?? DR RUNDI
DR RUNDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia