Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga tiada lesen perlu dapatkan lesen sah daripada BDA: Rodziah

-

SARIKEI: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak ( TEGAS) dengan kerjasama Malaysian Global Innvation And Creativity Centre ( MaGIC) akan menganjurk­an siri pertama Forum Belia Tegas 2017 di bahagian Sarikei.

Program ini akan berlangsun­g pada 6 Ogos (Ahad) ini, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Dewan Suarah Sarikei.

Objektif utama program ini dianjur untuk menyediaka­n belia Sarawak sebagai ‘ change makers of tomorrow’ melalui pendedahan terhadap maklumat terkini serta pembanguna­n negeri Sarawak.

Melalui program ini juga, ia akan memastikan golongan belia tidak ketinggala­n dalam merebut peluang wujud seiring Revolusi Industri 4.0 dan era pembanguna­n Ekonomi Digital.

Sehubungan program berkenaan, penganjur mengalu-alukan kehadiran khususnya golongan belia ke majlis ini nanti.

Bagi yang mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai program ini nanti, mereka bolehlah menghubung­i pihak urus setia penganjur iaitu Jasmine Dadi pada talian 082- 313031.

Pada sebelah paginya, upacara perasmian pro- gram ini nanti akan disempurna­kan oleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh.

Sementara itu, untuk majlis penangguha­n di sebelah petangnya pula, ia akan disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n , Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. BINTULU: Pengusaha perniagaan beroperasi tanpa lesen digesa memohon dan mendapatka­n lesen Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) supaya perniagaan mematuhi undang-undang kerajaan tempatan serta beroperasi secara sah.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, daripada rekod beberapa perniagaan masih beroperasi secara haram dengan tidak memiliki permit menduduki (OP) bangunan serta membuat pengubahsu­aian sambungan bangunan tanpa kelulusan BDA.

Jelasnya, statistik menunjukka­n jumlah premis beroperasi tanpa lesen di sini membabitka­n rumah penginapan terdapat 47 berlesen dan 56 tidak berlesen, premis makanan dan bukan makanan (482 berlesen, 24 tidak berlesen), pusat hiburan (56 berlesen, 5 tidak berlesen) dan kedai dobi (15 berlesen, 17 tidak berlesen).

“BDA akan membuat kajian bagaimana menyusun atur keadaan berkenaan sebelum dapat mengeluar lesen kepada pengusaha perniagaan terbabit,” ujarnya di sini semalam.

Beliau berkata, terdapat empat sektor perniagaan diberi tumpuan merangkumi rumah penginapan, premis makanan dan bukan makanan, pusat hiburan dan kedai dobi.

“Antara kami kenal pasti terdapat premis pusat hiburan dan rumah penginapan melakukan pengubahsu­aian bangunan dengan penggunaan ruang kawasan tanah tanpa kelulusan.

“Kami membayangk­an sekiranya berlaku kebakaran dan didapati premis tanpa lesen itu tetap beroperasi mungkin akan berlaku tuduhan BDA tidak mengambil tindakan terhadap premis terbabit,” jelasnya.

Beliau melihat keadaan tersebut memburukka­n BDA meskipun menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab dengan penuh amanah.

Beliau berkata, pihaknya masih melakukan pemantauan sebelum mengambil tindakan namun akan memberi peluang kepada pengusaha supaya mematuhi peraturan memenuhi syarat bagi mendapatka­n lesen terbabit.

“Sekiranya masih tidak mengikut peraturan ditetapkan, mereka boleh menghentik­an operasi tetapi kami akan mengadakan dialog dan sebagainya berkenaan perkara tersebut.

“Kedua-dua belah pihak boleh berbincang bagaimana untuk menangani masalah berkenaan,” katanya seraya merayu peniaga mengusahak­an perniagaan kedai dobi supaya mematuhi peraturan ditetap Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenai keperluan tertentu untuk keselamata­n pengguna dan premis lain yang berdekatan.

Katanya, pihaknya juga telah mengenal pasti premis menjalanka­n operasi perniagaan tersebut.

Rodziah berkata, banyak kedai beroperasi di kawasan kampung dan kediaman tetapi fokus sekarang adalah untuk kawasan bandar dengan menekankan hanya perniagaan berlesen sahaja boleh beroperasi memandangk­an semua perkara dimulakan perlu mematuhi undangunda­ng.

 ??  ?? RODZIAH
RODZIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia