Utusan Borneo (Sarawak)

Miri perlu pusat jantung untuk menampung rawatan kardiologi

-

MIRI: Bandar raya Miri memerlukan pusat rawatan jantung untuk mengurangk­an kebergantu­ngan sepenuhnya kepada Hospital Miri.

ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon berkata, kemudahan rawatan kardiologi di Hospital Miri masih belum mencukupi menampung permintaan meningkat pesakit khasnya dari utara Sarawak.

“Kita berharap untuk memiliki pusat rawatan jantung kita sendiri tidak lama lagi. Sekarang kita amat memerlukan pusat jantung yang bagus,” jelasnya semalam.

M e l i h a t k e p a d a kepentinga­n kesihatan jantung dan meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan, Parti Tindakan Demokratik ( DAP) menganjurk­an bicara kesihatan jantung pada bulan depan secara percuma untuk penduduk Miri.

Ting memberitah­u, parti menjemput pakar kardiologi intervensi, Dr Tang Sie Hing dari Kuching untuk mengendali­kan aktiviti ini diadakan pada bulan depan.

Bicara dikenali ‘ Let’s Talk About Heart’ akan diadakan di Hotel Imperial Palace pada 9 dan 10 September ini menyasarka­n kehadiran 250 orang.

Dua topik bakal dibentangk­an ialah ‘ Men- gapa Bersenam Boleh Menyebabka­n Kematian’ dan ‘ Mengapa Jangkitan Jantung Boleh Menyebabka­n Strok.’

“Ini kali pertama kita anjur ceramah kesihatan ini. Tiada bayaran kemasukan dikenakan, “katanya di sini semalam

Aktiviti hari pertama akan diadakan bermula jam 7 malam sementara hari kedua bermula jam 2 petang.

Sesi soal jawab juga dikendalik­an dalam bicara yang akan mengambil tempoh masa 2 jam.

“Objektif utama kita ialah untuk menyedarka­n masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan diri,” jelas Ting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia