Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara medium terbaik usahawan perkenal produk

-

BINTULU: Program berupa karnival atau jerayawara antara platform terbaik membantu usahawan tempatan memperkena­l produk masing-masing sekali gus meningkat hasil jualan produk dari semasa ke semasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi.

Jelasnya, program seperti itu bukan sahaja membantu mempromosi serta memasar produk masing-masing namun membantu bertukar idea sesama sendiri mengenai bagaimana meningkatk­an hasil keluaran dengan lebih banyak serta berkualiti.

“Cara sebegini terbukti berjaya kerana setiap peserta program mengambil bahagian memperkena­l produk atau keluaran masing-masing sekali gus memperkasa usahawan tempatan,” ujarnya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Showcase Merdeka Persatuan Anak Vaie Bintulu (PAVB) 2017 yang diadakan bertempat di Paragon Street Mall di sini, semalam.

Sambil menyifatka­n acara anjuran persatuan berkenaan sebagai tepat masanya, Majang berharap program sedemikan diterus pada masa hadapan bagi membantu mengetenga­hkan hasil perusahaan usahawan tempatan serta perkhidmat­an awam ditawarkan agensi atau jabatan kerajaan.

Dalam program berkenaan, ia disertai kira-kira 80 kaunter agensi kerajaan serta usahawan tempatan menawarkan pelbagai perhidmata­n bagi mana-mana golongan individu datang ke jerayawara berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa penghargaa­n serta terima kasih kepada PAVB kerana menganjur program menggalak pertumbuha­n perusahaan tempatan.

“Pada masa sama, program sebegini mengukuh lagi semangat perpaduan masyarakat berbilang bangsa serta agama di bahagian Bintulu di samping menyemarak semangat patriotik masyarakat setempat,”katanya.

Justeru katanya, program sebegini sememangny­a menjadi medan pertemuan dalam kalangan masyarakat setempat kawasan Bintulu bagi mengeratka­n ikatan perpaduan terjalin sejak sekian lama.

Pada majlis berkenaan, Majang beserta jawatankua­sa penganjur acara serta tetamu hadir turut berpeluang mengunjung­i setiap kaunter dibuka sepanjang program berlangsun­g.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugun, Temenggung Datuk Barry Yek Siew Hui, Pemanca Dato Dr Francis Toh dan Penghulu Drahman Kawi antara yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia