Utusan Borneo (Sarawak)

Daftar segera sertai Borneo Post Run 2017

-

SIBU: Orang ramai berminat menyertai The Borneo Post Run 2017 pada 31 Ogos ini di Dataran Sibu Fasa Satu diminta segera mendaftark­an diri sebelum tarikh tutup penyertaan pada 8 Ogos (Selasa) ini.

Pengerusi penganjur, Kueh Ngan Seng berkata mereka telah mendaftar diingat supaya menuntut baju larian dari 21 hingga 25 Ogos di Pejabat See Hua di Jalan Tuanku Osman di sini.

“Untuk menuntut baju larian, peserta wajib membawa bersama resit yuran bukti pendaftara­n dan datang jam 10 pagi hingga 4 petang,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Kira- kira 3,000 peserta telah mendaftar menyertai larian The Borneo Post Run 2017 kali ini dan menjadi acara larian tempatan terbesar sejak diadakan beberapa tahun lalu.

Acara larian tersebut merupakan salah satu projek komuniti Kumpulan See Hua dalam usaha mempromosi budaya hidup sihat di samp- ing mengumpul masyarakat berbilang kaum di sini.

Tahun ini menyaksika­n kehadiran dua pengacara radio terkenal TeaFM iaitu Kenji dan Genie sebagai pengacara larian itu nanti.

Bagi pendengar radio boleh melayari TeaFM 100.7 untuk mengetahui maklumat terkini mengenai larian tersebut.

Selain itu, Cass Bridal Secretary, sebuah syarikat baju pengantin menyediaka­n lukisan secara percuma pada wajah atau badan peserta mengambil bahagian dalam acara itu.

Lukisan percuma pada wa- jah peserta dilakukan sebelum acara larian bermula, justeru peserta berminat diminta datang awal.

Di samping itu, peserta juga dihiburkan dengan persembaha­n tarian ‘street dance’ oleh Kumpulan Sparta Danger Crew sementara acara senamronik dikendalik­an oleh Kumpulan Super Jane Fitness Studio.

Sehubungan itu, Open University Malaysia (OUM) semalam telah menyerahka­n sumbangan kepada pengerusi penganjur acara larian The Borneo Post Run 2017 sebagai tanda sokongan kepada aktiviti sihat itu.

Pengarah Pusat Pengajian OUM Sibu, Joshua Mariyam Duum berkata OUM berasa gembira kerana dapat menyumbang dan melibatkan diri dalam The Borneo Post Run 2017 mempromosi­kan budaya hidup sihat kalangan masyarakat.

“Apabila saya terbaca iklan dan berita mengenai acara ini (The Borneo Post Run 2017) di surat khabar saya dengan segera berjumpa dengan pihak atasan OUM dan kami bersetuju terlibat sama dalam aktiviti ini,” katanya.

Pusat Pengajian OUM Sibu pada masa kini terletak di 75 dan 77, Jalan Kuda berdekatan dengan Kedai Bisonte di sini.

Pusat pengajian tersebut menawarkan program pengajian peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana khususnya untuk pelajar separuh masa dan mereka masih bekerja.

Joshua menambah, pengambila­n baharu pada 2018 bermula September dan tiada bayaran yuran untuk pendaftara­n.

“Bagi mereka berminat mendaftar sebagai pelajar OUM boleh berkunjung ke ruang pameran kami pada acara larian itu nanti,” katanya sambil menambah baucar pendaftara­n percuma disediakan kepada mereka yang berminat.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i Pejabat The Borneo Post 084-315252 atau faks ke 084-320549 atau layari www.theborneop­ost.com.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Joshua (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Kueh sambil disaksikan Eksekutif Kumpulan See Hua, Jamie Kong (kiri) di Sibu semalam.
TERIMA KASIH: Joshua (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Kueh sambil disaksikan Eksekutif Kumpulan See Hua, Jamie Kong (kiri) di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia