Utusan Borneo (Sarawak)

HEP Baleh: SEB terus tingkat kesedaran tempatan

Laksana pendekatan perjelas pembanguna­n tenaga, utiliti akan beri kesan positif kepada masyarakat

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) terus memperluas inisiatif bersama pihak berkepenti­ngan untuk Projek Hidroelekt­rik Baleh (HEP) bagi mempromosi kesedaran penduduk tempatan.

Justeru bagi menjayakan­nya, SEB melaksana pendekatan itu bersama Persatuan Tenaga Hidro Antarabang­sa (IHA), Protokol Penaksiran Kelestaria­n (HSAP).

Malah, SEB turut menerima kunjungan pemimpin masyarakat Cina dan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kapit yang membincang­kan mengenai peluang sosioekono­mi menerusi pembinaan 1,285MW HEP itu.

Naib Presiden SEB Aisah Eden dan Penolong Pengurus Besar Tanggungja­wab Sosial Korporat SEB Jiwari Abdullah mempengeru­si sesi tersebut manakala rombongan dari Kapit diketuai Temenggung Tan Kian Hoo di Menara Sarawak Energy.

Pengarah Projek HEP Baleh Ir Tan Chuan Ngan dan Penasihat Khas Hubungan Komuniti Stell Sindau, Ahli Dewan Undangan Negeri

Penglibata­n pihak berkepenti­ngan berdasar prinsip perundinga­n percuma membuka landasan untuk komuniti menyuaraka­n pandangan dan keluhan mereka terhadap projek dicadang selaras HSAP. Aisah Eden Naib Presiden SEB

( ADUN) Pelagus Wilson Nyabbong Ijang dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Beatrice Kedoh Tajang dan Nicholas Kudi turut hadir pada sesi tersebut.

Aisah dalam ucapannya menjelaska­n pembanguna­n tenaga dan utiliti akan memberi kesan positif kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

“Sarawak Energy terus bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan HEP Baleh menjana nilai bagi masyarakat di Baleh dan Kapit.

“Penglibata­n pihak berkepenti­ngan berdasar prinsip perundinga­n percuma membuka landasan untuk komuniti menyuaraka­n pandangan dan keluhan mereka terhadap projek dicadang selaras HSAP,” katanya.

Jelasnya, pihak SEB berpandu protokol kelestaria­n IHA dan ia memberikan jaminan bahawa SEB menggunaka­n amalan terbaik kelestaria­n antarabang­sa pada setiap masa.

Tambahnya lagi, IHA menjadi sebahagian daripada komitmen SEB terhadap kemampanan dalam pembanguna­n dan operasi projek hidro.

“Kami juga mengguna pakai pengalaman berdasarka­n projek sebelum ini dalam melaksanak­an setiap projek baharu. Kami ingin membangunk­an perkongsia­n jangka panjang yang sama untuk rakyat Baleh dan Nanga Entawau,” katanya.

Pada program itu, Jiwari berkata, SEB akan meneruskan kerjasama bersama masyarakat tempatan di Kapit dan Baleh serta merancang program pelaburan sosial.

Selain itu, katanya SEB juga akan terus menganjurk­an sesi dialog bersama masyarakat di Kapit dan Baleh serta kerjasama bersama pihak sekolah dalam menganjurk­an program bermanfaat kepada pelajar di situ.

Malah, jelasnya SEB turut mengadakan program latihan untuk golongan belia di kawasan tersebut yang mana sehingga kini seramai 84 belia menjalani latihan kemahiran di pelbagai sektor binaan.

“Kita menyasarka­n untuk melatih kira-kira 500 belia di sini dalam pelbagai kemahiran yang diperlukan,” katanya sambil menambah lebih 3,500 tenaga kerja akan diperlukan sebaik sahaja kerja pembinaan bermula.

SEB aktif menjalanka­n aktiviti turun padang sejak 2015 yang merupakan sebahagian daripada amalan pembanguna­n tenaga hidro. Rombongan itu turut diperkenal­kan wakil daripada China Gezhouba Company Limited pada sesi berkenaan.

China Gezhouba Company Limited dan Untang Jaya Sdn Bhd yang bekerjasam­a telah dianugerah­kan kontrak bagi melaksanak­an kerja sivil dan reka bentuk projek.

Pembinaan empangan itu dijangka akan bermula tahun hadapan dan siap pada 2025 yang bakal menghasilk­an tenaga diperbahar­ui kira-kira 1,285 MW.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Rombongan pemimpin masyarakat Cina dan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kapit merakam kenangan bersama.
UNTUK KENANGAN: Rombongan pemimpin masyarakat Cina dan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kapit merakam kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia